Assalammualaikum..
Lama tak jenguk blog ni, kadang-kadang sudah hampir lupa akan kewujudannya.
Tapi yang peliknya still ada comment dari pembaca.
Pembaca? Ada ke orang yang nak baca blog saya ni?
Mungkin dalam sampan yang sama, sebab tu boleh sampai ke blog ni.
Bagi yang bertanya khabar, Alhamdulillah saya sihat-sihat sahaja, saya jalani hidup seperti biasa, meniti hari-hari seperti biasa dan sibuk sikit kerana baru menceburi business baru, nanti ada masa InsyaAllah saya akan ceritakan panjang lebar.
Terima kasih bagi yang mendoakan, Alhamdulillah kandungan ketiga sekarang ini, doa-doakan semuanya berjalan lancar. InsyaAllah jika diizinkan kehadirannya ke dunia bulan Ogos ni.
InsyaAllah juga saya akan kongsikan jamu yang saya makan sebelum mendapat berita kehadiran orang baru ini.
Banyaknya di janjikan ni, InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah doakan saya rajin ye, lagi-lagi tidak ada kerja sekarang ini...
Jumpa lagi next post ye, InsyaAllah....
xoxo,
lailanajwa
No comments:
Post a Comment