Tuesday, 15 March 2016

Klinik pilihan


Assalammualaikum...
Tergerak hati nak kongsi mengenai pemilihan klinik, mana yang berkemampuan boleh pilih klinik swasta, mana yang kurang berkemampuan boleh pilih klinik kerajaan, ini hanya pendapat saya sahaja ye. Bagi yang bekerja dengan syarikat swasta mahupun isteri atau suami pasti ada panel masing-masing jadi tidak salah sekiranya selidik panel tersebut cover apa untuk ibu mengandung.

Saya alhamdulillah bekerja dengan syarikat swasta dan panel tanggung semua kos rawatan termasuk scan.. Alhamdulillah...Salah satunya kenapa pergi ke swasta sebab wanita bekerjaya akan terkejar-kejar masa, tak kan la setiap kali checkup nak ambik cuti? Cukup ke cuti anda semua? Kalau saya jawapannya tidak, cuti tahunan saya hanya ada 14 hari, mananya cukup untuk check up dan lain-lain lagi.

Bagi sesetengah klinik swasta, mereka akan bekalkan mc bagi ibu mengandung yang buat checkup tapi klinik yang saya checkup ni all checkup mengenai kandungan akan bermula pukul 6.30 petang sampai 10 malam, jadi tidak ada masalah sebab diluar waktu kerja. Klinik swasta pun jangan ingat semua klinik sama ye sebab kita kene memilih doktor juga, kalau dapat doktor yang pro mengenai sakit puan lagi bagus sebab kita akan dapat info lebih banyak dan proses semuanya berjalan dengan lancar je sebab doktor tak terkial-kial.

Saya syor kan kepada anda untuk checkup kat Klinik Dr Nur Ainita bertempat di USJ Subang.. Mana yang dekat tu boleh la, saya pilih Dr Hamizah Bt Md Hassan untuk monitor semua checkup saya, Dr Hamizah hanya akan bertugas di klinik ini pada hari Isnin (6.30 ptg- 10 mlm), Selasa (6.30 ptg - 10 mlm), Khamis (6.30 ptg- 10 mlm) & Sabtu (8.30 pg - 12 tgh hr).

xoxo,
lailanajwa

1 comment:

  1. Nak tya harga mcm mna ye. Bole beritahu berapa sekali check up. TQ

    ReplyDelete