Assalammualaikum,
Lama dah sebenarnya nak cerita mengenai business saya ni, pertama sekali sila lah like page facebook kami just search 'nlncollection' conform jumpa. Jual kain pasang terutamanya kain cotton, japanese cotton ada, english cotton ada, dull satin ada, valentino satin ada, roberto satin pun ada. Mana yang suka beli kain pasang tu mari la jenguk-jenguk, tak rugi pun boleh cuci mana...
Kenapa pilih business ni?
Hahahaha.. Mungkin sebab berdasarkan keturunan kut, atok saya ada kedai jual kain pasang juga di Kuantan (dalam kem tentera). Dari kecik memang dah selalu tengok atok berniaga tapi cara perniagaan saya ni dijalankan berbeza dengan atok saya, Insyallah akan buka kedai juga tapi bukan dalam masa yang terdekat, sekarang ni fully online business tapi saya bukan dropship sesiapa ye, saya ada stock sendiri dan saya ada buka group dropship.
Macam mana nak beli?
Caranya senang je, cuci-cuci mata dulu kat page nlncollection jika ada yang berkenan just whatsapp saya kat 012-9772953.. Harga semuanya sama je, beli banyak kira harga borong. Jangan risau, harga cun-cun punya sebab semua harga dah termasuk postage untuk semenanjung cuma Sabah/ Sarawak je kene tambah RM5 bagi setiap pasang.
Boleh request meter?
Kene tengok kain yang mana dulu sebab ada kain boleh sebab dekat roll dan ada kain yang tak boleh sebab dah siap potong. Tapi kebanyakkannya boleh, minima request 2 meter bagi setiap kain.
Schedule postage?
Saya ambik kain ni dari 2 store so akan ada perbezaan hari postage sikit. Untuk store a akan pos pada hari isnin/selasa & khamis/jumaat... Untuk store b pula akan pos pada hari rabu & sabtu. Biasanya saya tak janji sangat pos bila sebab semuanya ikut list sebab bila order banyak sangat akan tertunda sikit postage tapi jangan risau sebab buat masa ni semua customer kami berpuas hati.
Nak jadi dropship?
Nak jadi dropship senang je, just whatsapp saya kat 012-9772953 lepas tu saya akan masukkan dalam group.. Harga dropship berbeza sikit dengan harga jual cuma siapa nak jadi dropship saya mesti bersedia untuk menerima gambar yang banyak sebab setiap hari InsyAllah ada design baru.
Laku ke?
Ni la soalan yang orang akan selalu tanya sebelum nak berniaga, jawapan saya kalau tidak cuba, kita tidak tahu sebab rezeki setiap orang berbeza. Mana tahu rezeki anda disini.. Saya just tolong je, yang lain berdasarkan rezeki dari Allah dan usaha anda sendiri. Insyallah dapat la untung sikit, ada juga dropship saya yang buat secara full time.
p/s: Fikir-fikir la dulu ye, saya ok je... If ada yang berkenan bagi tahu ye...
xoxo,
lailanajwa
No comments:
Post a Comment