Wednesday, 16 March 2016

Anmum Materna



Assalammualaikum...
Siapa minum Anmum Materna ni waktu mengandung? Cam tu kita geng la. Saya pilih yang plain sebab tu yang my hubby belikan jadi redha je la, tak pasti mengenai perisa lain tetapi ada feedback cakap yang coklat dan mangga lebih manis dari plain, betul ke?

Kalau google mengenai Anmum Materna mesti jumpa feedback-feedback negative yang cakap siapa minum Anmum Materna anak akan jadi besar, susah nak bersalin dan macam-macam lagi la. Kalau ikut sukatan dekat kotak tersebut 4 sudu untuk satu gelas air dan memang ternyata manis, saya kurangkan sukatan susu sedikit demi sedikit dan bagi saya yang jenis tak suka manis satu setengah sudu susu dicampurkan dengan satu gelas air adalah sukatan yang terbaik untuk saya. Dengan sukatan yang demikian, satu kotak susu Anmum Materna ni boleh tahan sebulan lebih. Dapat la jimat cermat sikit.

Lupakan mengenai feedback negative tu sebab kita semua nak yang terbaik untuk kandungan kita. Buat masa ini, kandungan saya semuanya okey tiada sebarang masalah, darah pun okey, tak pernah doktor tegur mengenai kencing manis pun, berat badan saya okey. Jadi bagi saya mana yang rasa baik ikut, mana yang rasa mengarut so lupakan sahaja. Huhihuhi... Saya doakan semuanya baik-baik sahaja ye...

xoxo,
lailanajwa

No comments:

Post a Comment