Tuesday, 15 March 2016

Alhamdulillah positif


Assalammualaikum..
Last period waktu hari kedua di Langkawi, waktu tu kecewa la sebab pergi honeymoon untuk honeymoon tapi sebab period jadi tak best sikit. Saya jenis waktu period cepat rasa penat dan rasa nak marah je, kesian juga kat hubby sebab terpaksa redha kene marah. Huhihuhi.. (I am so sorry dear).

Sepatutnya next period dalam awal bulan 12, tup tap tup tap tak ada pula, dalam hati memang nak sangat check tapi cuba kawal sebab takut keputusannya nanti kecewa. Punyalah tunggu sampai usia kandungan pada waktu tu 7 minggu. Alhamdulillah positif, syukur tidak terkata.

Kebiasaannya lepas check positif akan nak pergi buat buku merah kan? Tapi tidak bagi kami, punyalah perasaan takut tu menebal, kami sebenarnya plan nak buat buku merah pada usia kandungan 12 minggu. Rancangan hanya rancangan, atas nasihat kawan-kawan yang terdekat untuk buat buku merah seawal yang boleh sebabnya adalah supaya doktor boleh monitor dari mula.

7 Jan 2016, atas nasihat kawan-kawan kami menjejakkan kaki ke klinik dengan pelbagai perasaan, takut pun ada, risau pun ada dan macam-macam lagi, maklumlah kami kehilangan 2 kandungan yang sebelumnya pada usia kandungan 6 minggu dan 10 minggu. Alhamdulillah lepas check up semua, kandungan ok, cantik dan tiada masalah, waktu ni kandungan sudah ada degupan jantung lagi. Alhamdulillah... Cuma sebab ada sejarah keguguran, doktor bekalkan ubat kuatkan rahim.

Doakan kandungan kali ini selamat ye.. Thanks semua...

xoxo,
lailanajwa

No comments:

Post a Comment