Wednesday, 23 March 2016

Batuk semasa hamil


Assalammualaikum...
Minta maaf semua, beberapa hari ini menyepi sebab kesihatan tidak mengizinkan, batuk berkahak memang amat menyakitkan lagi-lagi saat mengandung ni. Cuaca panas macam sekarang ni kene banyakkan minum air suhu bilik atau air suam bukannya air sejuk ye. Kalau tak percaya, cuba la minum air sejuk conform tekak makin perit. Huhihuhi.. (cakap berdasarkan pengalaman, rasa panas sangat Jumaat lepas jadi minum air sejuk sepanjang hari... um... ambik kau batuk non stop).. Hari Isnin dah start batuk-batuk sampai keluar air mata, apa lagi mari menuju ke klinik.

Sebelum ni pernah la google-google boleh ke makan ubat batuk masa mengandung, ada yang kata boleh mengikut sukatan yang doktor bagi, ada yang kata elakkan dan macam-macam lagi la. Tapi untuk saya yang batuk teruk lagi-lagi waktu malam ni doktor bagi ubat batuk dengan sukatan 10ml sekali makan tapi my hubby bagi 5ml je, ok la dapat legakan tekak dan tidur dengan nyenyak, kalau tak makan ubat batuk tu memang tak boleh tidur.

Saya hanya makan ubat batuk pada waktu malam sahaja, siang saya kalau saya batuk saya akan minum air mineral sebanyak yang mungkin tapi kalau tak tahan sangat saya makan gula-gula sakit tekak tu. Semua ni doktor cakap selamat untuk ibu mengandung tetapi jika batuk berlarutan melebihi seminggu berkunjung ke klinik lagi ye sebab takut ada jangkitan atau apa-apa.

Jangan risau, waktu mengandung ni anti body ibu hamil makin berkurang kerana semuanya tertumpu pada kandungan. Sakit perkara biasa tetapi jika makin teruk dapatkan nasihat doktor ye.. Jangan lupa, banyakkan berehat.

xoxo,
lailanajwa

No comments:

Post a Comment