Monday, 14 March 2016

Kapsul Buah Zuriat & Debunga Kurma


Assalammualaikum..
Seperti yang dijanjikan, saya kongsi jamu yang saya amalkan sebelum disahkan mengadung.
Sebenarnya waktu cuba makan jamu ni dah tawar hati, semangat pun dah kurang sebab waktu tu dah 6 bulan selepas peristiwa keguguran kali kedua.
Dalam hati masih berharap cuma redha je, waktu tu dalam otak dah fikir macam-macam perkara negatif antaranya andainya berpisah, andainya tidak disayangi lagi dan macam-macam lagi.

Pernah bermimpi yang suami kahwin lain, bawa kami sama-sama balik ke rumah mertua waktu hari raya, dalam mimpi tu saya seperti tidak dipedulikan hanya menjahit seorang diri (sedangkan dalam realiti, menjahit pun tak reti). Hahaha.

Jamu ini saya amalkan selama sebulan, sebiji Kapsul Buah Zuriat selepas sarapan dan sebiji Kapsul Debunga Kurma selepas makan malam.

Saya bertukar kepada jamu ini kerana Jamu Zuriat Adam & Hawa mungkin sudah sebati dengan saya, selain itu juga mungkin pada waktu tersebut belum tertulis yang saya akan mempunyai zuriat lagi. Alhamdulillah, tak salah kita mencuba, saya pun dapat info mengenai produk ni dalam facebook, disini saya sertakan no telefon penjual jamu ini ye, sekiranya ingin mencuba boleh direct whatsapp dia - 0175910130 (saya tak ingat nama kakak ni). Mereka menawarkan pelbagai set, ada juga set untuk suami isteri tapi saya just makan dua jamu ni sahaja (sebab waktu tu tak cukup bajet.... huhihuhi)

Selamat mencuba, InsyaAllah ada rezeki untuk semua...

xoxo,
lailanajwa

No comments:

Post a Comment