Tuesday 29 March 2016

Kandungan 5 bulan


Assalammualaikum...
Alhamdulillah usia kandungan sudah memasuki bulan yang kelima, minggu ni dah 21 minggu dah. Alhamdulillah bersyukur tidak terhingga. Dah berhenti makan ubat kuatkan rahim sebab ubat tersebut selepas usia kandungan 5 bulan dah tak ada sebarang effect lagi. Masih meneruskan makan obimin yang doktor bagi dan mula makan pati delima gulsan.

Sebenarnya dah lama amalkan pati delima gulsan ni cuma berhenti waktu mula-mula makan jamu dan di awal kandungan sebab waktu tu rasa macam banyak sangat ubat yang kene makan jadi bila dah berhenti makan ubat kuatkan rahim ni boleh la digantikan dengan pati delima gulsan. Cara pengambilan pati delima gulsan ni ikut suka hati la sebab macam saya lebih selesa makan bergitu sahaja, ada orang lebih selesa makan dengan bancuhkan dengan air. Rasanya maam-masam manis tapi bila dah telan tu, fuh... lega sungguh.

Pati delima gulsan ni mempunyai banyak fungsi, bagi ibu mengandung fungsinya untuk mengurangkan alahan, memberikan tenaga, membantu perkembangan kandungan dan macam-macam lagi. Banyak testimoni yang berjaya dalam masa dua minggu, janji pengambilan secara teratur dan jangan skip ye. Pati delima gulsan ni boleh didapati di kedai-kedai jamu, harga ikut kedai sebab ada yang jual murah RM9 pun boleh dapat dan ada yang jual mahal melebihi RM20.

Selamat mencuba, kalau tak boleh telan, boleh campur dengan madu.

xoxo,
lailanajwa

No comments:

Post a Comment