Tuesday 15 March 2016

Ubat kuatkan rahim


Assalammualaikum...
Seperti yang sedia maklum dah 2x keguguran jadi penjagaan yang rapi harus dibuat untuk tragedi tersebut tidak berulang... (Kita hanya merancang, Allah yang tentukan).. Atas nasihat doktor untuk ambik ubat kuatkan rahim, Duphaston 10-mg.... Satu biji selepas sarapan dan satu biji selepas makan malam jadi total makan 2 biji sehari. Ubat ini perlu diambil sehingga kandungan 5 bulan, sebenarnya waktu kandungan 3 bulan pun dah boleh berhenti tapi jika masih ada perasaan ragu-ragu makan la sehingga 5 bulan.

Jangan terkejut ye kawan-kawan, ubat ni mahal mencecah RM4 sebiji. (Sebiji tau bukan sepapan... Huhihuhi).. Waktu tu kami berdua berkira-kira la sebab ubat ni tak di cover oleh panel kami, sebulan dalam RM240 so ummmmm bayangkan je la... Huhihuhi.. Tak mengalah terlalu awal, kami cuba pergi ke klinik lain sebab rupanya lain klinik, lain ubat yang dia cover, Alhamdulillah ada 1 klinik ni cover, dalam hati selamat duit kami... Hahahaha... Bukan kedekut, sebenarnya kalau memang tak cover pun kami memang akan beli ubat tu.

Kalau yang rajin google- google mesti akan perasan yang Duphaston ni juga digunakan untuk perempuan yang tak turun darah haid. Fungsi ubat ni, if tak mengandung akan turun darah, kalau mengandung tapi kandungan tak menjadi akan turun darah dan yang terakhir untuk ibu mengandung if kandungan semua ok, akan menguatkan rahim... Pape pun sebelum ambik ubat ni minta nasihat doktor dulu tau, selalunya if wanita hamil bleeding or keluar coklat tu doktor akan bagi ubat ini juga.

Ubat ni juga boleh diambil dalam bentuk suntikkan, doktor cakap fungsinya sama cuma bila dah cucuk tak perlu la telan-telan pil. Ikut la klinik tu ada yang mana satu, macam klinik yang saya pergi ni tak ada dalam bentuk suntikkan, dia ada pil sahaja. Pil pun bukan besar sangat pun, lebih kurang cam folic acid je... Pape pun, saya doakan yang terbaik untuk semua... InsyaAllah semuanya baik-baik sahaja... Jangan risau ye...

xoxo,
lailanajwa

No comments:

Post a Comment