Assalammualaikum semua...
Alhamdulillah berjumpa kita lagi... Rasanya makin berhabuk dah blog ni sebab tak ada sebarang berita. Alhamdulillah sepanjang kehilangan ni saya sihat belaka, bagaimana dengan anda semua? Diharapkan semuanya sihat juga hendaknya...
Kali ni, saya nak share mengenai bentuk perut yang kecil semasa mengandung, cerita berdasarkan pengalaman sendiri jika ada yang berbeza dengan anda semua, jangan risau sebab kita mempunyai pengalaman yang berbeza.
Di pejabat saya ni, ada ramai orang yang mengandung, Alhamdulillah bak kata-kata gatal musim mengawan kut tetapi yang paling hampir dengan saya ialah kakak yang duduk depan saya ni, beza usia kandungan kami hanya seminggu sahaja. Macam sekarang ni, kakak tu mengandung 33 minggu dan saya mengandung 32 minggu. Dari awal usia kehamilan kami 3 bulan lagi dah ada mulut-mulut yang membandingkan sebab perut kakak tu besar tetapi perut saya kecik, sampai sekarang pun saya masih lagi boleh pakai dress yang saya sentiasa pakai sebelum mengandung lagi.
Perasaan bila dibandingkan? Tentulah amat sedih, sebab waktu tu tiada sebarang ilmu dan hanya tertanya-tanya sendiri kenapa perut kecik, adakah baby tidak sihat? adakah keguguran akan berulang lagi? dan macam-macam lagi perkara negatif. Alhamdulillah mempunyai kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan dan sentiasa disogok dengan kata semangat yang perut akan lebih membesar waktu kandungan 7 bulan ke atas sebab waktu tu baby akan membesar dengan jayanya.
Setiap kali checkup dari bulan ke bulan, Alhamdulillah baby membesar mengikut minggu tersebut, tiada yang dirisaukan sebab segala nampak okay sahaja. Alhamdulillah. Kali terakhir scan last week (11 June 2016) pun Alhamdulillah ukuran baby semua okay. Kaki baby nampak panjang dan badan dia nampak kurus, ni ikut baka ayah dia la ni...
Doktor ada terangkan serba sedikit mengenai perut kecik ni akan nampak baby lebih padat dan membuatkan kita makan secara terhad. Kita akan cepat rasa kenyang sebab ruang untuk makanan semakin kecil tetapi jangan risau, makan lah secara kerap dalam kuantiti yang sedikit, baby akan dapat khasiat dari semua makanan yang kita makan.
Kesimpulannya, tak kiralah perut besar atau kecil, itu bukan penentu kesihatan bayi. Selagi waktu pemeriksaan, doktor cakap baby okay so tak perlu kita nak risau terlebih-lebih. Sentiasa berfikiran positif dan Insyallah segalanya akan dipermudahkan..
xoxo,
lailanajwa
No comments:
Post a Comment