Buat masa sekarang ni, rasa nak tengok facebook pun dah tak mahu sebab ramai kawan-kawan yang masing-masing tengah tunggu hari je untuk melahirkan anak... Kalau aku suakan perasaan aku pada hubby mesti dia malas layan dan hanya akan menyatakan rezeki di tangan Allah... Ye, sememangnya rezeki di tangan Allah... Aku sentiasa belajar untuk redha tapi keinginan tu tetap ada... Aku cuba juga menyibukkan diri dengan menonton movie, baca buku tapi kadang-kadang aku masih tak mampu..
Sejak mengamalkan jamu zuriat ni, tahap harapan aku semakin tinggi... Sepatutnya aku tak perlu bergitu sebab takut nanti andai tak jadi, aku yang merana... Andai berhasil, seribu kesyukuran pada yang esa dan berharap agar segalanya baik-baik sahaja..
Bukan mudah untuk orang macam aku menelan pil setiap hari kerana aku sememangnya tidak reti... Berusaha sehabis daya sehingga menitiskan air mata semuanya kerana ingin melihat insan tercinta dan yang lain bahagia...
Cemburu semeatinya cemburu namun aku tahu, Allah sedang merancanakan yang terbaik buat diriku... Terima kasih atas segalanya...
xoxo,
lailanajwa
Salam Laila, i faham perasaan u :(
ReplyDeleteTapi macam mana now? Ada perkembangan?
Is there any way untuk i contact u?
We're in the same shoes...da habis perkataan da utk gmbrkan ape yg ade dlm hati ni..hasbiallahi wani'mal wakil..namun,hati masih berharap..rase nak lari je dari semua ni tapi dah tak tau nak lari ke mana
ReplyDeletetingkatkan kesabaran dan dekatkan diri dengan Allah.. itu saja yang akan buat kita tenang... Lari bukan satu penyelesaian.. Saya doakan awak dapat menjadi seorang ibu satu hari nanti..
DeleteSabarla awak.. Saya pun sama macam awak.. dah 11 tahun lebih kawen... 4 kali bleeding.. Tempuhi mcm2 keadaan da.. 11 tahun jugak saya korban perasaan dengan orang sekeliling.. apatah sejak awal kawen sampai sekarang saya still tinggal di rumah mentua.. Dugaan itu agak mencabar.. Tapi saya belajar tuk redha.. Alhamdulillah Allah kurniakan saya satu kekuatan untuk hadapi semua ini.. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Berkat sabar dan terus berikhtiar pasti ada ganjarannya.. Yakin janji Allah itu Pasti..
ReplyDeleteThanks semua, saya baru login blog semula. Thanks sebab baca blog saya... Thanks ye, InsyaAllah saya baik-baik sahaja. Saya doakan semua dapat apa yang diimpikan.
ReplyDelete