Thursday, 31 March 2016

Nlncollection


Assalammualaikum,
Lama dah sebenarnya nak cerita mengenai business saya ni, pertama sekali sila lah like page facebook kami just search 'nlncollection' conform jumpa. Jual kain pasang terutamanya kain cotton, japanese cotton ada, english cotton ada, dull satin ada, valentino satin ada, roberto satin pun ada. Mana yang suka beli kain pasang tu mari la jenguk-jenguk, tak rugi pun boleh cuci mana...

Kenapa pilih business ni?
Hahahaha.. Mungkin sebab berdasarkan keturunan kut, atok saya ada kedai jual kain pasang juga di Kuantan (dalam kem tentera). Dari kecik memang dah selalu tengok atok berniaga tapi cara perniagaan saya ni dijalankan berbeza dengan atok saya, Insyallah akan buka kedai juga tapi bukan dalam masa yang terdekat, sekarang ni fully online business tapi saya bukan dropship sesiapa ye, saya ada stock sendiri dan saya ada buka group dropship.

Macam mana nak beli?
Caranya senang je, cuci-cuci mata dulu kat page nlncollection jika ada yang berkenan just whatsapp saya kat 012-9772953.. Harga semuanya sama je, beli banyak kira harga borong. Jangan risau, harga cun-cun punya sebab semua harga dah termasuk postage untuk semenanjung cuma Sabah/ Sarawak je kene tambah RM5 bagi setiap pasang.

Boleh request meter?
Kene tengok kain yang mana dulu sebab ada kain boleh sebab dekat roll dan ada kain yang tak boleh sebab dah siap potong. Tapi kebanyakkannya boleh, minima request 2 meter bagi setiap kain.

Schedule postage?
Saya ambik kain ni dari 2 store so akan ada perbezaan hari postage sikit. Untuk store a akan pos pada hari isnin/selasa & khamis/jumaat... Untuk store b pula akan pos pada hari rabu & sabtu. Biasanya saya tak janji sangat pos bila sebab semuanya ikut list sebab bila order banyak sangat akan tertunda sikit postage tapi jangan risau sebab buat masa ni semua customer kami berpuas hati.

Nak jadi dropship?
Nak jadi dropship senang je, just whatsapp saya kat 012-9772953 lepas tu saya akan masukkan dalam group.. Harga dropship berbeza sikit dengan harga jual cuma siapa nak jadi dropship saya mesti bersedia untuk menerima gambar yang banyak sebab setiap hari InsyAllah ada design baru.

Laku ke?
Ni la soalan yang orang akan selalu tanya sebelum nak berniaga, jawapan saya kalau tidak cuba, kita tidak tahu sebab rezeki setiap orang berbeza. Mana tahu rezeki anda disini.. Saya just tolong je, yang lain berdasarkan rezeki dari Allah dan usaha anda sendiri. Insyallah dapat la untung sikit, ada juga dropship saya yang buat secara full time.

p/s: Fikir-fikir la dulu ye, saya ok je... If ada yang berkenan bagi tahu ye...

xoxo,
lailanajwa

Tuesday, 29 March 2016

Tempahan bersalin PPUM


Assalammualaikum..
Tiba-tiba rasa tidak sabar nak bersalin sebab nak jumpa baby tapi dalam masa yang sama takut juga.. Huhihuhi. Sejak nampak perut makin besar ni jadi keterujaan semakin tinggi.. Punyalah tak sabar, kami dah buat tempahan bersalin di PPUM semalam. Pergi PPUM untuk dapatkan tarikh temu janji yang pertama, Alhamdulillah rezeki kami tak perlu tunggu lama jadi tarikh temu janji yang pertama adalah minggu depan 5 April 2016.

Kenapa pergi tempahan awal?
Sebab PPUM ni selalunya penuh, ramai ibu-ibu mengandung pilih PPUM ni dan kalau pergi buat tempahan lambat dorang akan tolak dan jika tidak bernasib baik kene bebel dengan jururawat disitu. Huhihuhi. Selain itu, memang dah buat keputusan nak bersalin dekat PPUM jadi awal-awal kan senang. Tengok dari feedback, kalau checkup kat sini akan di check lagi details sebab doktor semua pakar-pakar jadi jika ada sebarang masalah boleh diatasi dari mula.

Kenapa pilih PPUM?
Hahahaha.. Sebab dekat dengan rumah dan tempat kerja jadi mana tahu kalau sakit nak bersalin tu terasa kat rumah atau tempat kerja senang nak pergi hospital. Selain itu sebab PPUM termasuk dalam list hospital yang PMCare cover. InsyAllah selagi kerja dekat company sekarang ni semuanya ditanggung. Last sekali sebab dah pernah ada history kat sini, waktu gugur kali kedua tu refer PPUM jadi boleh la rujuk-rujuk mana yang patut.

Masih teruskan lagi checkup kat klinik swasta?
Ikut plan saya, saya nak teruskan juga. Check dekat dua-dua tempat, puas hati sikit (nampak ketamakkan disitu). 12 April 2016 next checkup kat klinik swasta, kene inject kancing gigi, katanya nanti lenguh, yeke? Pape saya update nanti ye...

xoxo,
lailanajwa

Kandungan 5 bulan


Assalammualaikum...
Alhamdulillah usia kandungan sudah memasuki bulan yang kelima, minggu ni dah 21 minggu dah. Alhamdulillah bersyukur tidak terhingga. Dah berhenti makan ubat kuatkan rahim sebab ubat tersebut selepas usia kandungan 5 bulan dah tak ada sebarang effect lagi. Masih meneruskan makan obimin yang doktor bagi dan mula makan pati delima gulsan.

Sebenarnya dah lama amalkan pati delima gulsan ni cuma berhenti waktu mula-mula makan jamu dan di awal kandungan sebab waktu tu rasa macam banyak sangat ubat yang kene makan jadi bila dah berhenti makan ubat kuatkan rahim ni boleh la digantikan dengan pati delima gulsan. Cara pengambilan pati delima gulsan ni ikut suka hati la sebab macam saya lebih selesa makan bergitu sahaja, ada orang lebih selesa makan dengan bancuhkan dengan air. Rasanya maam-masam manis tapi bila dah telan tu, fuh... lega sungguh.

Pati delima gulsan ni mempunyai banyak fungsi, bagi ibu mengandung fungsinya untuk mengurangkan alahan, memberikan tenaga, membantu perkembangan kandungan dan macam-macam lagi. Banyak testimoni yang berjaya dalam masa dua minggu, janji pengambilan secara teratur dan jangan skip ye. Pati delima gulsan ni boleh didapati di kedai-kedai jamu, harga ikut kedai sebab ada yang jual murah RM9 pun boleh dapat dan ada yang jual mahal melebihi RM20.

Selamat mencuba, kalau tak boleh telan, boleh campur dengan madu.

xoxo,
lailanajwa

Wednesday, 23 March 2016

Batuk semasa hamil


Assalammualaikum...
Minta maaf semua, beberapa hari ini menyepi sebab kesihatan tidak mengizinkan, batuk berkahak memang amat menyakitkan lagi-lagi saat mengandung ni. Cuaca panas macam sekarang ni kene banyakkan minum air suhu bilik atau air suam bukannya air sejuk ye. Kalau tak percaya, cuba la minum air sejuk conform tekak makin perit. Huhihuhi.. (cakap berdasarkan pengalaman, rasa panas sangat Jumaat lepas jadi minum air sejuk sepanjang hari... um... ambik kau batuk non stop).. Hari Isnin dah start batuk-batuk sampai keluar air mata, apa lagi mari menuju ke klinik.

Sebelum ni pernah la google-google boleh ke makan ubat batuk masa mengandung, ada yang kata boleh mengikut sukatan yang doktor bagi, ada yang kata elakkan dan macam-macam lagi la. Tapi untuk saya yang batuk teruk lagi-lagi waktu malam ni doktor bagi ubat batuk dengan sukatan 10ml sekali makan tapi my hubby bagi 5ml je, ok la dapat legakan tekak dan tidur dengan nyenyak, kalau tak makan ubat batuk tu memang tak boleh tidur.

Saya hanya makan ubat batuk pada waktu malam sahaja, siang saya kalau saya batuk saya akan minum air mineral sebanyak yang mungkin tapi kalau tak tahan sangat saya makan gula-gula sakit tekak tu. Semua ni doktor cakap selamat untuk ibu mengandung tetapi jika batuk berlarutan melebihi seminggu berkunjung ke klinik lagi ye sebab takut ada jangkitan atau apa-apa.

Jangan risau, waktu mengandung ni anti body ibu hamil makin berkurang kerana semuanya tertumpu pada kandungan. Sakit perkara biasa tetapi jika makin teruk dapatkan nasihat doktor ye.. Jangan lupa, banyakkan berehat.

xoxo,
lailanajwa

Wednesday, 16 March 2016

Anmum Materna



Assalammualaikum...
Siapa minum Anmum Materna ni waktu mengandung? Cam tu kita geng la. Saya pilih yang plain sebab tu yang my hubby belikan jadi redha je la, tak pasti mengenai perisa lain tetapi ada feedback cakap yang coklat dan mangga lebih manis dari plain, betul ke?

Kalau google mengenai Anmum Materna mesti jumpa feedback-feedback negative yang cakap siapa minum Anmum Materna anak akan jadi besar, susah nak bersalin dan macam-macam lagi la. Kalau ikut sukatan dekat kotak tersebut 4 sudu untuk satu gelas air dan memang ternyata manis, saya kurangkan sukatan susu sedikit demi sedikit dan bagi saya yang jenis tak suka manis satu setengah sudu susu dicampurkan dengan satu gelas air adalah sukatan yang terbaik untuk saya. Dengan sukatan yang demikian, satu kotak susu Anmum Materna ni boleh tahan sebulan lebih. Dapat la jimat cermat sikit.

Lupakan mengenai feedback negative tu sebab kita semua nak yang terbaik untuk kandungan kita. Buat masa ini, kandungan saya semuanya okey tiada sebarang masalah, darah pun okey, tak pernah doktor tegur mengenai kencing manis pun, berat badan saya okey. Jadi bagi saya mana yang rasa baik ikut, mana yang rasa mengarut so lupakan sahaja. Huhihuhi... Saya doakan semuanya baik-baik sahaja ye...

xoxo,
lailanajwa

Tuesday, 15 March 2016

Klinik pilihan


Assalammualaikum...
Tergerak hati nak kongsi mengenai pemilihan klinik, mana yang berkemampuan boleh pilih klinik swasta, mana yang kurang berkemampuan boleh pilih klinik kerajaan, ini hanya pendapat saya sahaja ye. Bagi yang bekerja dengan syarikat swasta mahupun isteri atau suami pasti ada panel masing-masing jadi tidak salah sekiranya selidik panel tersebut cover apa untuk ibu mengandung.

Saya alhamdulillah bekerja dengan syarikat swasta dan panel tanggung semua kos rawatan termasuk scan.. Alhamdulillah...Salah satunya kenapa pergi ke swasta sebab wanita bekerjaya akan terkejar-kejar masa, tak kan la setiap kali checkup nak ambik cuti? Cukup ke cuti anda semua? Kalau saya jawapannya tidak, cuti tahunan saya hanya ada 14 hari, mananya cukup untuk check up dan lain-lain lagi.

Bagi sesetengah klinik swasta, mereka akan bekalkan mc bagi ibu mengandung yang buat checkup tapi klinik yang saya checkup ni all checkup mengenai kandungan akan bermula pukul 6.30 petang sampai 10 malam, jadi tidak ada masalah sebab diluar waktu kerja. Klinik swasta pun jangan ingat semua klinik sama ye sebab kita kene memilih doktor juga, kalau dapat doktor yang pro mengenai sakit puan lagi bagus sebab kita akan dapat info lebih banyak dan proses semuanya berjalan dengan lancar je sebab doktor tak terkial-kial.

Saya syor kan kepada anda untuk checkup kat Klinik Dr Nur Ainita bertempat di USJ Subang.. Mana yang dekat tu boleh la, saya pilih Dr Hamizah Bt Md Hassan untuk monitor semua checkup saya, Dr Hamizah hanya akan bertugas di klinik ini pada hari Isnin (6.30 ptg- 10 mlm), Selasa (6.30 ptg - 10 mlm), Khamis (6.30 ptg- 10 mlm) & Sabtu (8.30 pg - 12 tgh hr).

xoxo,
lailanajwa

Ubat kuatkan rahim


Assalammualaikum...
Seperti yang sedia maklum dah 2x keguguran jadi penjagaan yang rapi harus dibuat untuk tragedi tersebut tidak berulang... (Kita hanya merancang, Allah yang tentukan).. Atas nasihat doktor untuk ambik ubat kuatkan rahim, Duphaston 10-mg.... Satu biji selepas sarapan dan satu biji selepas makan malam jadi total makan 2 biji sehari. Ubat ini perlu diambil sehingga kandungan 5 bulan, sebenarnya waktu kandungan 3 bulan pun dah boleh berhenti tapi jika masih ada perasaan ragu-ragu makan la sehingga 5 bulan.

Jangan terkejut ye kawan-kawan, ubat ni mahal mencecah RM4 sebiji. (Sebiji tau bukan sepapan... Huhihuhi).. Waktu tu kami berdua berkira-kira la sebab ubat ni tak di cover oleh panel kami, sebulan dalam RM240 so ummmmm bayangkan je la... Huhihuhi.. Tak mengalah terlalu awal, kami cuba pergi ke klinik lain sebab rupanya lain klinik, lain ubat yang dia cover, Alhamdulillah ada 1 klinik ni cover, dalam hati selamat duit kami... Hahahaha... Bukan kedekut, sebenarnya kalau memang tak cover pun kami memang akan beli ubat tu.

Kalau yang rajin google- google mesti akan perasan yang Duphaston ni juga digunakan untuk perempuan yang tak turun darah haid. Fungsi ubat ni, if tak mengandung akan turun darah, kalau mengandung tapi kandungan tak menjadi akan turun darah dan yang terakhir untuk ibu mengandung if kandungan semua ok, akan menguatkan rahim... Pape pun sebelum ambik ubat ni minta nasihat doktor dulu tau, selalunya if wanita hamil bleeding or keluar coklat tu doktor akan bagi ubat ini juga.

Ubat ni juga boleh diambil dalam bentuk suntikkan, doktor cakap fungsinya sama cuma bila dah cucuk tak perlu la telan-telan pil. Ikut la klinik tu ada yang mana satu, macam klinik yang saya pergi ni tak ada dalam bentuk suntikkan, dia ada pil sahaja. Pil pun bukan besar sangat pun, lebih kurang cam folic acid je... Pape pun, saya doakan yang terbaik untuk semua... InsyaAllah semuanya baik-baik sahaja... Jangan risau ye...

xoxo,
lailanajwa

Alhamdulillah positif


Assalammualaikum..
Last period waktu hari kedua di Langkawi, waktu tu kecewa la sebab pergi honeymoon untuk honeymoon tapi sebab period jadi tak best sikit. Saya jenis waktu period cepat rasa penat dan rasa nak marah je, kesian juga kat hubby sebab terpaksa redha kene marah. Huhihuhi.. (I am so sorry dear).

Sepatutnya next period dalam awal bulan 12, tup tap tup tap tak ada pula, dalam hati memang nak sangat check tapi cuba kawal sebab takut keputusannya nanti kecewa. Punyalah tunggu sampai usia kandungan pada waktu tu 7 minggu. Alhamdulillah positif, syukur tidak terkata.

Kebiasaannya lepas check positif akan nak pergi buat buku merah kan? Tapi tidak bagi kami, punyalah perasaan takut tu menebal, kami sebenarnya plan nak buat buku merah pada usia kandungan 12 minggu. Rancangan hanya rancangan, atas nasihat kawan-kawan yang terdekat untuk buat buku merah seawal yang boleh sebabnya adalah supaya doktor boleh monitor dari mula.

7 Jan 2016, atas nasihat kawan-kawan kami menjejakkan kaki ke klinik dengan pelbagai perasaan, takut pun ada, risau pun ada dan macam-macam lagi, maklumlah kami kehilangan 2 kandungan yang sebelumnya pada usia kandungan 6 minggu dan 10 minggu. Alhamdulillah lepas check up semua, kandungan ok, cantik dan tiada masalah, waktu ni kandungan sudah ada degupan jantung lagi. Alhamdulillah... Cuma sebab ada sejarah keguguran, doktor bekalkan ubat kuatkan rahim.

Doakan kandungan kali ini selamat ye.. Thanks semua...

xoxo,
lailanajwa

Birthday






Assalammualaikum...

Sebenarnya sengaja je nak tunjuk tarikh lahir kami dalam bulan Islam, sebenarnya kalau ikutkan jika dikira umur kita dalam bulan Islam akan lebih cepat tua berbanding bulan biasa yang kita guna.
Bagi saya bila macam ni, InsyaAllah kita akan lebih cepat sedar yang masa kita semakin suntuk untuk bertaubat, untuk membuat amal kebajikan dan banyak lagi perkara positif.
Disamping itu, dapat la kita sambut semuanya 2x dalam setahun & kalau bernasib baik boleh 3x.
Mana yang tak ingat tu, boleh la download software bulan Islam ni ye, boleh cari tarikh lahir kamu semua...
Saya ni mudah lupa sikit sebab tu pilih 25 Rejab 1435 sebagai tarikh perkahwinan kami...

xoxo,
lailanajwa

Monday, 14 March 2016

Holiday Time!!!




Assalammualaikum...
Sedih sebenarnya hendak diceritakan tetapi nak bagi tahu juga this is our first honeymoon...
Hahaha..
My husband suka duduk rumah je, sebab jalan-jalan ni membazir tau...
Membazir tak membazir terpaksa la ikut sebab dengan jayanya saya membeli tiket flight ke Pulau Langkawi dengan harga RM45 sehala (waktu ni tengah promo), sewa Perodua Myvi dengan harga RM50 sehari dan Malibest Resort Langkawi RM150 semalam, so lebih kurang RM800++ dihabiskan untuk percutian ini temasuk jalan-jalan, naik cable car, pergi muzium 3D, makan-makan dan banyak lagi la...
Alhamdulillah percutian ini yang kami tunggu-tunggu, my husband suka pulau-pulau ni. Next holiday pun nak pergi Langkawi lagi,.. Hahaha... Macam tak ada tempat lain dah.
If di izinkan Allah untuk sampai ke Langkawi lagi, kami nak pusing semua pulau, pergi Tempat Mandi Air Panas, Masuk Underwater World, Makam Mahsuri dan Galeri Tun... InsyaAllah...

xoxo,
lailanajwa

Kapsul Buah Zuriat & Debunga Kurma


Assalammualaikum..
Seperti yang dijanjikan, saya kongsi jamu yang saya amalkan sebelum disahkan mengadung.
Sebenarnya waktu cuba makan jamu ni dah tawar hati, semangat pun dah kurang sebab waktu tu dah 6 bulan selepas peristiwa keguguran kali kedua.
Dalam hati masih berharap cuma redha je, waktu tu dalam otak dah fikir macam-macam perkara negatif antaranya andainya berpisah, andainya tidak disayangi lagi dan macam-macam lagi.

Pernah bermimpi yang suami kahwin lain, bawa kami sama-sama balik ke rumah mertua waktu hari raya, dalam mimpi tu saya seperti tidak dipedulikan hanya menjahit seorang diri (sedangkan dalam realiti, menjahit pun tak reti). Hahaha.

Jamu ini saya amalkan selama sebulan, sebiji Kapsul Buah Zuriat selepas sarapan dan sebiji Kapsul Debunga Kurma selepas makan malam.

Saya bertukar kepada jamu ini kerana Jamu Zuriat Adam & Hawa mungkin sudah sebati dengan saya, selain itu juga mungkin pada waktu tersebut belum tertulis yang saya akan mempunyai zuriat lagi. Alhamdulillah, tak salah kita mencuba, saya pun dapat info mengenai produk ni dalam facebook, disini saya sertakan no telefon penjual jamu ini ye, sekiranya ingin mencuba boleh direct whatsapp dia - 0175910130 (saya tak ingat nama kakak ni). Mereka menawarkan pelbagai set, ada juga set untuk suami isteri tapi saya just makan dua jamu ni sahaja (sebab waktu tu tak cukup bajet.... huhihuhi)

Selamat mencuba, InsyaAllah ada rezeki untuk semua...

xoxo,
lailanajwa

Welcome Back!!!


Assalammualaikum..

Lama tak jenguk blog ni, kadang-kadang sudah hampir lupa akan kewujudannya.
Tapi yang peliknya still ada comment dari pembaca.
Pembaca? Ada ke orang yang nak baca blog saya ni?
Mungkin dalam sampan yang sama, sebab tu boleh sampai ke blog ni.
Bagi yang bertanya khabar, Alhamdulillah saya sihat-sihat sahaja, saya jalani hidup seperti biasa, meniti hari-hari seperti biasa dan sibuk sikit kerana baru menceburi business baru, nanti ada masa InsyaAllah saya akan ceritakan panjang lebar.
Terima kasih bagi yang mendoakan, Alhamdulillah kandungan ketiga sekarang ini, doa-doakan semuanya berjalan lancar. InsyaAllah jika diizinkan kehadirannya ke dunia bulan Ogos ni.
InsyaAllah juga saya akan kongsikan jamu yang saya makan sebelum mendapat berita kehadiran orang baru ini.
Banyaknya di janjikan ni, InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah doakan saya rajin ye, lagi-lagi tidak ada kerja sekarang ini...
Jumpa lagi next post ye, InsyaAllah....

xoxo,
lailanajwa