Thursday 23 March 2017

jaundice/ kuning baby


Assalammualaikum
Biasalah baby baru lahir ada kemungkinan untuk terkena jaundice atau untuk orang-orang kita ni cakap kuning je dah faham dah... Hahahaha...
Lagi-lagi dengan permakanan kita sekarang yang lebih kepada fast food, makanan banyak garam, makan sejuk beku semua tu tidak bagus sama sekali, lain lah kalau yang rajin makan makanan sunah tu insyAllah tidak termasuk dalam golongan ini.
Lagi satu sebab yang utama ialah darah ibu O positif. Mana-mana pun doktor akan tanya darah ibu dulu, kalau O positif tu tidak pellik sangat la bila anak kene kuning ni.
Nama pun pengalaman pertama, jadi memang ringankan mulut tanya makcik urut, tanya ibu tapi semua kata sikit je.. Jadi sebab percaya yang kuning Fattah sikit je, kami cubalah bagi Fattah air anggur hitam, mandikan Fattah dengan daun dokong anak, mandikan Fattah dengan air rebusan herba cina, bagi Fattah air rebusan kundur dan yang terakhir tukarkan mentol baru kat rumah (bukan buat sekaligus, try satu persatu)...
Fattah nampaknya tidak terkesan pun dengan pertua-pertua ni. Hahaha. Persoalannya, kenapa tak bawa Fattah gi klinik? Haa... Ni la masalahnya sebab suka sangat dengar cakap orang (bapak-bapak orang) yang kalau bawa Fattah gi klinik nanti kesian kene cucuk-cucuk (sekarang dah pandai sikit, meh sini nak nasihat.. Memang la nanti baby kene cukup tapi at least kita tahu apa yang jadi dengan baby kita sebab kene kuning ni boleh sehingga bawa maut. tahu tak?)
Sebab saya nak tahu kenapa Fattah kuning tak hilang-hilang dan atas desakkan kawan-kawan saya (mak-mak orang) sebab risau nanti pape jadi, saya pun ajak hubby bawa Fattah gi KK. Beberapa hari juga ulang alik ke KK (kiranya hari-hari darah Fattah kene ambik) sampailah satu hari bacaan tinggi (saya dah lupa berapa tapi nanti saya tengok kat buku Fattah).. Doktor suruh terus pergi Hospital..
Dekat hospital, Fattah kene check semua dan memang tinggi jadi kene warded sebab Fattah kene duduk bawah lampu. Menangis saya tengok Fattah sebab nampak kesian sangat + waktu tu Fattah tidak mahu duduk dekat tilam baby tu (maybe sebab waktu tu usia Fattah dah besar, tidak silap waktu tu nak dekat 1 bulan)  jadi Fattah terpaksa baring sebelah saya (tak pasal-pasal saya kene tempias lampu tu juga)...
Tidak pasti sama ada kelakar atau tidak tapi setiap kali tukar pampers kene catit berapa berat sisa buangan dan tiap kali Fattah menyusu, kene catit waktunya... Fattah memang tak boleh berenggang langsung jadi saya kene berlari kalau nak gi timbang mahupun nak gi tandas...
Alhamdulillah tidak lama, esoknya doktor check kuning Fattah dah turun dan tidak bahaya tetapi masih perlu follow up di PPUM sampai betul-betul ok. Fattah ikut semua follow up di PPUM dan lepas kaji semua keputusannya adalah darah saya dan Fattah tak sama,  sebab Fattah hisap susu badan jadi Fattah susah terima sikit atas faktor darah... Penyusuan masih perlu diteruskan dan kuning ini akan turun sendiri tetapi dalam jangka masa yang lama, paling max 3 bulan. Memang lama pun, kuning Fattah betul-betul ok dalam usia Fattah nak dekat 2 bulan tetapi sebab dah tahu tidak bahaya jadi kami dah tidak risau.

Pengajaran: Pape jadi kat baby, gi je klinik mahupun hospital sebab budak kecik ni risiko tinggi bila pape jadi.. Bila dah tahu sebab, hati kita pun akan senang... Huhihuhi...

xoxo,
ummi Fattah

No comments:

Post a Comment