Assalammualaikum
Makin berhabuk blog ni, kekangan masa yang membuatkan saya hampir lupa dengan blog ini...
Alhamdulillah, saya selamat melahirkan seorang putera pada 11 Ogos 2016... Kelahiran yang cukup dinanti dan hadiah paling istimewa buat kami berdua...
Putera kami diberi nama Fattah Muslim yang bermaksud penakluk yang menyerah diri kepada Allah....
Alhamdulillah, proses kelahiran Fattah tidak sesukar yang disangka...
Fattah dah overdue sebenarnya, petang tu doktor cakap jika Fattah tak keluar esok pagi, Fattah akan di induce...
Maybe Fattah dengar kut, awal-awal pagi dalam pukul 3 pagi, saya dah rasa contraction makin kerap, saya panggil nurse, nurse pun panggil doktor untuk check bukaan, conform 4cm baru boleh tolak ke labor room... Sementara tunggu doktor tu, sempat la terduduk depan tandas sebab rasa tidak larat nak jalan....
Call hubby minta datang hospital, hubby boleh masuk dalam labour room lepas bukaan 8cm... Nasib baik Fattah tak kene vacuum sebab saya tidak reti push, Fattah keluar masuk banyak kali.. At last, berjaya juga.. Sorry la Fattah, kesan lekuk di kepala Fattah masih jelas kelihatan, itulah kenangan kita berdua...
InsyAllah akan sambung lagi...
Jangan ketinggalan post seterusnya (perasan macam famous sangat)
xoxo,
ummi Fattah
No comments:
Post a Comment