Friday, 24 March 2017
ibu menyusu (persediaan mental)
Assalammualaikum
Untuk yang pertama kali bergelar ibu, menyusukan anak bukan perkara yang mudah ye.. Ramai yang beranggapan sumbat je nenen dekat mulut baby selesai masalah. Salah tu, menyusukan baby ada teknik yang betul, cara pemakanan yang betul, cara mengakalkan atau memperbanyakkan susu ibu dan macam-macam lagi.
1. Orang akan cop kita pemalas
Kita sebangai ibu menyusu sangat penat sebab waktu kita bagi susu tu seperti tengah berlari (sebab tu kalau perasan ibu menyusu ini akan tidur je, anak tidur, dia pun tidur) Nampak macam pemalas tapi sebenarnya itulah hakikatnya sebab jika kurang rehat pun akan jadi punca pengurangan susu ibu.
2. Ramai akan menjatuhkan semangat kita
Baby biasalah akan nangis dan orang akan cakap baby nak susu ni, tak cukup susu ke? Sebenarnya tu salah ye sebab baby yang berusia bawah 3 bulan bukan perlukan susu yang banyak pun sebab usus mereka kecik lagi waktu tu. Baby cuma mahukan perhatian sebab mereka baru masuk dunia baru jadi tiada istilah tidak cukup susu.
3. Pertua hilangkan jaundice
Kita selalu dengar yang susu ibu terbaik jadi bila baby jaundice, ibu perlu memberikan susu dengan kerap. Tapi pernah dengar tak yang ada pertua cakap nak hilangkan jaundice baby kene stop pemberian susu ibu dan berikan susu formula (katanya sebab baby tak sesuai dengan susu ibu) Yang ni saya hadapi, mental memang kene kuat sangat-sangat sebab jika kita beri susu formula kepada baby akan membuatkan permintaan terhadap susu badan kurang (susu formula ada banyak gula jadi bila baby dah biasa dengan yang manis, tak akan nak minum yang kurang manis)
4. Baby tidak mahu menyusu
Bila time susu je baby mengamuk. Haa ni pun boleh jadi sebab, nanti adalah yang kata baby tak suka susu awak la kene bagi botol. Ini bukan baby tak nak ye tapi teknik penyusuan tu salah, cuba kaji dan betulkan nanti pasti baby mahu kecuali kalau dah kenalkan susu formula kepada baby.
5. Jangan standby susu formula
Yang ni amaran keras, tak la simpan packet kecik pun tak payah sebab bila ada susu formula kita akan jadi malas dan lagilah orang lain akan cucuk-cucuk kita tentang penggunaan susu formula.
Anak kita, cara kita... Orang luar hanya mampu cakap-cakap tapi keputusan di tangan kita. Tidak salah berbeza pendapat (saya dan hubby pun berbeza pendapat dalam hal ini).. Kita ibu baby, kita nak yang terbaik buat baby dan semestinya susu ibu adalah yang paling baik.
Fattah, ummi akan kuat.. Buat masa ini, ummi dah berjaya susukan Fattah sampai usia 7 bulan walaupun banyak halangan. Ummi akan teruskan lagi sampai usia Fattah 2 tahun (InsyAllah)
xoxo,
ummi Fattah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment