Friday, 24 March 2017

teknik pam susu badan


Assalammualaikum
Sebebarnya ada banyak teknik mengepam tapi amalkan satu-satu ye sebab nak tengok berkesan mahupun tidak.
Mula-mula dulu tanpa ilmu, ikut rasa hati sendiri je nak pam tapi bila mula membaca dan terus menbaca rupanya ada banyak teknik dan semua teknik ini akan menambahkan susu secara tidak langsung..

1.Selang setiap belah 10 minit sekali
Maksudnya tukar-tukar la 10 minit kanan, 10 minit kiri sampai cukup 1 jam

2. 30 minit urutan dan pam
Maksudnya setiap belah pam selamat 30 minit tapi dekat pam tu kan ada level urutan dan pengeluaran susu jadi waktu mula-mula start urut dulu kemudian guna level keluarkan susu bila susu dah tidak keluar ulang balik sampai cukup 30 minit.

Tu untuk yang single pump tapi kalau double pump still boleh guna skill yang no 2 tu tapi untuk skilll no 1 perlu pam 10 minit, rehat 10 minit, pam balik 10 minit sampai cukup 1 jam.

Yang penting sekali cukupkan 1 jam ye, patutlah selama ini tengok orang lain pam lama sangat rupanya setiap sesi 1 jam. Untuk teruskan penyusuan kene ada ilmu, gali lagi ilmu nanti kita boleh kongsikan sama-sama ye..

xoxo,
ummi Fattah

ibu menyusu (persediaan mental)


Assalammualaikum
Untuk yang pertama kali bergelar ibu, menyusukan anak bukan perkara yang mudah ye.. Ramai yang beranggapan sumbat je nenen dekat mulut baby selesai masalah. Salah tu, menyusukan baby ada teknik yang betul, cara pemakanan yang betul, cara mengakalkan atau memperbanyakkan susu ibu dan macam-macam lagi.

1. Orang akan cop kita pemalas
Kita sebangai ibu menyusu sangat penat sebab waktu kita bagi susu tu seperti tengah berlari (sebab tu kalau perasan ibu menyusu ini akan tidur je, anak tidur, dia pun tidur) Nampak macam pemalas tapi sebenarnya itulah hakikatnya sebab jika kurang rehat pun akan jadi punca pengurangan susu ibu.

2. Ramai akan menjatuhkan semangat kita
Baby biasalah akan nangis dan orang akan cakap baby nak susu ni, tak cukup susu ke? Sebenarnya tu salah ye sebab baby yang berusia bawah 3 bulan bukan perlukan susu yang banyak pun sebab usus mereka kecik lagi waktu tu. Baby cuma mahukan perhatian sebab mereka baru masuk dunia baru jadi tiada istilah tidak cukup susu.

3. Pertua hilangkan jaundice
Kita selalu dengar yang susu ibu terbaik jadi bila baby jaundice, ibu  perlu memberikan susu dengan kerap. Tapi pernah dengar tak yang ada pertua cakap nak hilangkan jaundice baby kene stop pemberian susu ibu dan berikan susu formula (katanya sebab baby tak sesuai dengan susu ibu) Yang ni saya hadapi, mental memang kene kuat sangat-sangat sebab jika kita beri susu formula kepada baby akan membuatkan permintaan terhadap susu badan kurang (susu formula ada banyak gula jadi bila baby dah biasa dengan yang manis, tak akan nak minum yang kurang manis)

4. Baby tidak mahu menyusu
Bila time susu je baby mengamuk. Haa ni pun boleh jadi sebab, nanti adalah yang kata baby tak suka susu awak la kene bagi botol. Ini bukan baby tak nak ye tapi teknik penyusuan tu salah, cuba kaji dan betulkan nanti pasti baby mahu kecuali kalau dah kenalkan susu formula kepada baby.

5. Jangan standby susu formula
Yang ni amaran keras, tak la simpan packet kecik pun tak payah sebab bila ada susu formula kita akan jadi malas dan lagilah orang lain akan cucuk-cucuk kita tentang penggunaan susu formula.

Anak kita, cara kita... Orang luar hanya mampu cakap-cakap tapi keputusan di tangan kita. Tidak salah berbeza pendapat (saya dan hubby pun berbeza pendapat dalam hal ini).. Kita ibu baby, kita nak yang terbaik buat baby dan semestinya susu ibu adalah yang paling baik.

Fattah, ummi akan kuat.. Buat masa ini, ummi dah berjaya susukan Fattah sampai usia 7 bulan walaupun banyak halangan. Ummi akan teruskan lagi sampai usia Fattah 2 tahun (InsyAllah)

xoxo,
ummi Fattah

permulaan pam susu badan


Assalammualaikum
Selama ni baca-baca article, ada yang kata jangan pam waktu pantang sebab tu masa dengan baby tapi sebenarnya nasihat tu salah sebab untuk ibu-ibu yang berkejaya kita memerlukan stock susu yang banyak untuk bekalan anak kita di taska mahupun rumah pengasuh nanti.
Saya pun menyesal sebab mula menyimpan susu waktu Fattah dah sebulan lebih (kalau simpan lagi awal mesti stock susu lebih banyak sebab waktu awal-awal kelahiran, susu keluar non stop, macam air pancut pun ada)
Tapi Alhamdulillah rezeki Fattah banyak, tak kiralah sekali pam dapat 1oz ke, 2oz ke kene simpan juga (ni selalu jadi salah faham dengan hubby sebab dia akan selalu cakap sikitnya susu awak)
Hahaha... Mental kene kuat, sebab bila kita menyusukan anak ni ada banyak perkara yang akan menjatuhkan kita (ni saya akan ceritakan nanti)...
Mahal ke murah ke, double pump ke, single pump ke, manual pump ke semua tak kisah janji ada penyipanan susu (ni untuk hal-hal kecemasan juga)..

xoxo,
ummi Fattah

Thursday, 23 March 2017

kos bersalin dan jaundice di PPUM


Assalammualaikum
Kali ini nak cerita mengenai kos pula, sebab ramai bila tanya-tanya nak bersalin dekat mana, ramai yang pilih HKL sebab nak murah (katanya tak sampai RM100 tapi tak tahulah kesahihannya)..
Saya memang pilih PPUM sebab dekat dengan rumah mahupun office, waktu tu memang dah fikir bila pape jadi nanti senang lagipun dulu waktu gugur pun pergi PPUM juga, bagi saya service dia tip top.
Berbalik kepada kos tadi, untuk bersalin saya kene RM900++. Mahal? Salah tu sebab kalau folllow dari post pengalaman bersalin saya, saya duduk dalam hospital 5 hari, saya ulangi 5 hari... So kos tu bagi saya ok sebab selama 5 hari tu dapat makan 4 kali sehari, nurse check ctg lebih dari 3 kali sehari, nurse check suhu & tekanan darah lebih dari 3 kali sehari, kan macam rasa berbaloi sangat.
Tapi sebab yang utamanya ialah, PPUM tak ada class-class macam hospital kerajaan, semua bilik dekat PPUM hanya 4 katil dan mempunyai 2 bilik air.. Selesa sangat, tak payah rebut bilik  air, tak perlu jalan jauh-jauh, suasana tidak bising, semuanya rasa tenang je.
Waktu Fattah Jaundice pun bilik macam tu juga, jadi tidak adalah baby diganggu dengan tangisan baby lain hanya 4 baby je dalam tu. Kos Fattah jaundice pun waktu tu RM100++, ok lah tu sebab makanan untuk ibu still 4 kali sehari, Fattah siap berlampu lagi (lampu tu bukan murah ye kawan-kawan), check darah Fattah lagi, check Fattah ada masalah hati atau tidak, check air kencing Fattah dan banyak lagi...
Pilihan dekat tangan masing-masing, kalau lebih mampu boleh pilih swasta, kalau kurang mampu boleh pilih hospital lain tapi bagi saya PPUM the best (kekalkan prestasi macam ni, conform ramai yang suka)...

xoxo,
ummi Fattah

jaundice/ kuning baby


Assalammualaikum
Biasalah baby baru lahir ada kemungkinan untuk terkena jaundice atau untuk orang-orang kita ni cakap kuning je dah faham dah... Hahahaha...
Lagi-lagi dengan permakanan kita sekarang yang lebih kepada fast food, makanan banyak garam, makan sejuk beku semua tu tidak bagus sama sekali, lain lah kalau yang rajin makan makanan sunah tu insyAllah tidak termasuk dalam golongan ini.
Lagi satu sebab yang utama ialah darah ibu O positif. Mana-mana pun doktor akan tanya darah ibu dulu, kalau O positif tu tidak pellik sangat la bila anak kene kuning ni.
Nama pun pengalaman pertama, jadi memang ringankan mulut tanya makcik urut, tanya ibu tapi semua kata sikit je.. Jadi sebab percaya yang kuning Fattah sikit je, kami cubalah bagi Fattah air anggur hitam, mandikan Fattah dengan daun dokong anak, mandikan Fattah dengan air rebusan herba cina, bagi Fattah air rebusan kundur dan yang terakhir tukarkan mentol baru kat rumah (bukan buat sekaligus, try satu persatu)...
Fattah nampaknya tidak terkesan pun dengan pertua-pertua ni. Hahaha. Persoalannya, kenapa tak bawa Fattah gi klinik? Haa... Ni la masalahnya sebab suka sangat dengar cakap orang (bapak-bapak orang) yang kalau bawa Fattah gi klinik nanti kesian kene cucuk-cucuk (sekarang dah pandai sikit, meh sini nak nasihat.. Memang la nanti baby kene cukup tapi at least kita tahu apa yang jadi dengan baby kita sebab kene kuning ni boleh sehingga bawa maut. tahu tak?)
Sebab saya nak tahu kenapa Fattah kuning tak hilang-hilang dan atas desakkan kawan-kawan saya (mak-mak orang) sebab risau nanti pape jadi, saya pun ajak hubby bawa Fattah gi KK. Beberapa hari juga ulang alik ke KK (kiranya hari-hari darah Fattah kene ambik) sampailah satu hari bacaan tinggi (saya dah lupa berapa tapi nanti saya tengok kat buku Fattah).. Doktor suruh terus pergi Hospital..
Dekat hospital, Fattah kene check semua dan memang tinggi jadi kene warded sebab Fattah kene duduk bawah lampu. Menangis saya tengok Fattah sebab nampak kesian sangat + waktu tu Fattah tidak mahu duduk dekat tilam baby tu (maybe sebab waktu tu usia Fattah dah besar, tidak silap waktu tu nak dekat 1 bulan)  jadi Fattah terpaksa baring sebelah saya (tak pasal-pasal saya kene tempias lampu tu juga)...
Tidak pasti sama ada kelakar atau tidak tapi setiap kali tukar pampers kene catit berapa berat sisa buangan dan tiap kali Fattah menyusu, kene catit waktunya... Fattah memang tak boleh berenggang langsung jadi saya kene berlari kalau nak gi timbang mahupun nak gi tandas...
Alhamdulillah tidak lama, esoknya doktor check kuning Fattah dah turun dan tidak bahaya tetapi masih perlu follow up di PPUM sampai betul-betul ok. Fattah ikut semua follow up di PPUM dan lepas kaji semua keputusannya adalah darah saya dan Fattah tak sama,  sebab Fattah hisap susu badan jadi Fattah susah terima sikit atas faktor darah... Penyusuan masih perlu diteruskan dan kuning ini akan turun sendiri tetapi dalam jangka masa yang lama, paling max 3 bulan. Memang lama pun, kuning Fattah betul-betul ok dalam usia Fattah nak dekat 2 bulan tetapi sebab dah tahu tidak bahaya jadi kami dah tidak risau.

Pengajaran: Pape jadi kat baby, gi je klinik mahupun hospital sebab budak kecik ni risiko tinggi bila pape jadi.. Bila dah tahu sebab, hati kita pun akan senang... Huhihuhi...

xoxo,
ummi Fattah

sarung tangan dan kaki baby


Assalammualaikum
Nak cerita mengenai sarung kaki dan tangan pula lah. Huhihuhi. Fattah pakai kedua-duanya (walaupun ada article yang mengatakan tidak elok untuk perkembangan kanak-kanak)..
Untuk sarung tangan, Fattah pakai sampai usia 2 bulan tidak silap (maklumlah baru sekarang nak cerita jadi dah ingat-ingat lupa... huhihuhi).
Untuk sarung kaki pula Fattah pakai sampai 5 bulan (tapi sekarang pun still pakai bila keluar rumah).. Stop pakai sarung tangan tu adalah sebenarnya untuk bagi Fattah rasa atau mengenali anggota badan dia mahupun permukaan disekelilingnya, bergitu juga dengan sarung kaki. Cuma pengenalan kepada kaki lambat sebab waktu usia Fattah tu, dia belum lagi nak mengesot mahupun berdiri.
Ini cara saya, maybe cara ibu-ibu lain lebih bagus dari cara saya.

xoxo,
ummi Fattah

bedung dan barut baby


Assalammualaikum
Ada orang kata kuno, ada orang cakap tak perlu pun tak pe. Tapi pernah tak dengar orang cakap kalau tak reti lukis mesti tangan tak bedung? Hahaha.
Fattah pakai dua-dua sama ada bedung mahupun barut. Bedung kami pilih bedung model yang tampal-tampal je (kononnya nak cepat sebab tak reti ikat sebenarnya). Barut pula kami pilih yang barut tali (tidak pasti sama ada terdapat jenis yang lain mahupun tidak).
Bedung, Fattah pakai sekejap je sebab Fattah nampak macam tidak selesa bila pakai. Waktu dibedung, Fattah sering keluarkan tangan dari bedungan tersebut (tidak pasti sama ada kami tidak tampal dengan betul atau Fattah terlalu kuat sampai mampu nak keluarkan tangan).
Barut pula, Fattah pakai sehingga dua bulan lebih (stop sebab Fattah dah tidak muat barut tersebut) Hahahha...
Pape pun, kedua-duanya berguna bagi Fattah cuma jika ada rezeki anak seterusnya maybe nak cuba bedung yang zip pula... Huhihuhi...

xoxo,
ummi Fattah

Wednesday, 22 March 2017

pusat baby berair


Assalammualaikum
Cerita pasal Fattah lagi, kali ni pusat pula berair atau belum kering. Lepas je, pusat Fattah tertanggal nampak ok tapi lama-lama berair pula. Nak kata kene air, tidak.
Ini ada pertua dari atok saya, waktu baby yang belum tertanggal pusatnya, sebelum mandi sapukan dulu minyak gamat dipusatnya lepas tu baru mandi. Ini macam untuk bagi air tak kene pusat, macam tu la.
Tapi Fattah memang berbeza, pusat dia berair sampai usia dia 5 bulan dan sekarang ni pun kadang-kadang pusat berair (masih tidak tahu punca)
Pernah bawa gi klinik untuk periksa masalah ini, Fattah kene abik darah (sebab dikuatiri ada jangkitan kuman). Tapi result ok je, tak ada masalah pun. Yang menjadi pertanyaan, KK memang tak bagi ubat apa-apa ye? Sebab sejak gi KK ni tak pernah dapat ubat apa-apa.
So next, gi famasi je tanya ubat mana yang sesuai. Base on famasi check, dia bagi satu cream (nanti saya akan bagi tahu cream mana sebab lupa namanya)...
Alhamdulillah Fattah more better cuma bila jarang-jarang berair ni saya tengah mengkaji macam mana berair atau bila akan berair (biasalah sintom mak-mak yang sentiasa nak tahu apa je yang jadi kat anak)
Jika situasi ni jadi dekat anak puan-puan, gi je check dekat klinik dulu (tak yah la kesian kat anak kene ambik darah, ambik darah tu sekejap je tapi kalau dia kene jangkitan kuman lagi susah).
Nanti kita sambung lagi, Fattah ada banyak cerita..

xoxo,
ummi Fattah

Tuesday, 21 March 2017

warded dekat PPUM


Assalammualaikum
Dah macam drama dah sebab ada episod bersambung ni... Hahahha...
Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa kene warded kalau tak sakit? (ada ke yang bertanya tu?)
Hahaha...
Salah satunya sebab dah bleeding, lepas tu sebab due date dan sebab yang paling utama ialah saya dah pernah gugur dua kali jadi risiko tu sungguh tinggi...
Rasanya sebelum-sebelum ni saya pernah share yang saya kene ambik ubat kuatkan rahim sampai usia kandungan 5 bulan...
Tak adalah critical mana tapi sebab ada history jadi doktor sentiasa ambik langkah berjaga-jaga...
Tidak lama mana pun, 5 hari je kene warded, bosan tapi saya suka.....
Huhihuhi...

xoxo,
ummi Fattah

pengalaman bersalin


Assalammualaikum
Sambungan dari post yang lepas... Ini memang totally nak cerita tentang bersalin sahaja.

7 Ogos 2017
Gatal jalan-jalan dekat Sunway Pyramid, pusing punya pusing sampai kali lenguh dan balik. Tak ada beli apa-apa pun, saja je nak jalan.

8 Ogos 2017
Kononnya plan nak gi melawati sebab nak ambik kain lagi (tak sedar yang dah sarat tapi business tak pernah tinggal)... Tak sempat pun nak gi melawati sebab tengah hari tu dah bleeding... OMG!!! Pengalaman pertama kan so mandi-mandi terus gi klinik (nasib baik hubby tak pergi kerja lagi waktu ni)... Sampai hospital check-check baru buka 1cm je tapi tetus kene warded sebab esok due date.

9 Ogos 2017
Masih di hospital tapi tidak rasa pape pun... Maybe terlalu selesa duduk kat hospital tu sebab makanan ada, tidak perlu fikir pape, tenang je cuma doktor akan datang check 2x sehari, check ctg (contraction tak kerap pun)... Waktu malam pula, katil depan nak bersalin, dia jerit-jerit buat kita takut je... Nurse sampai suruh dia diam, ye la jerit kuat-kuat buat yang lain tak senang duduk (terutama sayalah yang first time ni)

10 Ogos 2017
Kak Ima, Kak Ayu & Ishqi datang melawat, yeah... Seronok sangat sebab jumpa kawan-kawan, hilang lah perasaan debar-debar tu... Siap sempat mengadu yang baby tak nak keluar... Kalau baby keluar hari ini, dapatlah terbalik birthday kita... Birthday saya 8 October... Pagi tu doktor ada suruh pilih nak induce atau nak balik, dalam otak fikir pasal business lagi so fikir nak balik (nampak tak yang tak fikir panjang, patutnya nyawa baby lagi penting... ish3x)... Tapi angan-angan tu terkubur kat situ je la sebab petang doktor cakap tak boleh balik sebab buat ctg tadi contraction makin kerap (sebenarnya tak rasa pun contraction tu sebab malam tadi gigih buat jalan itik jadi sakit krem tu lebih tinggi dari contraction)... Doktor dah bagi tahu awal-awal petang tu kalau baby tak keluar juga, esok pagi kene induce...

11 Ogos 2017
Ingat lagi waktu ni hubby kerja shift petang, so lepas dia balik keje, lepak-lepak hubby teman la saya whatsapp... waktu tu still rasa krem tu makin kerap, ngadu-ngadu kat hubby... nurse datang check ctg lagi (dah duduk kat hospital lama kan so dah pandai baca ctg sendiri)... dari situ dapat tahu rupanya krem tu adalah contraction (ini maybe berlaku kat saya sorang je sebab gigih sangat jalan itik tu)... panggil nurse sebab dah sakit sangat, nurse datang dan tanya berapa minit sekali sakit, waktu ni 10 minit sekali... nurse cakap kalau makin kerap panggil dia lagi... waktu ni sempat la download apps untuk kira contraction tu... bila makin kerap, panggil nurse lagi dan nurse cakap sekejap ye, dia panggil doktor... waktu nurse panggil doktor ni la saya sakit perut macam nak membuang jadi pergi la tandas, sebab tak larat sangat, sempat duduk depan tandas lagi... hahahha.... tapi waktu tu tak fikir apa sebab sakit sangat... doktor datang check conform dah 4cm, doktor suruh nurse siap-siap bawa gi labour room... nurse tanya ada membuang tak pagi tadi, saya jawab tak (maklumlah, saya memang jenis susah nak membuang)... nurse pun masukkan ubat bontot tu untuk cairkan najis kita... lepas tu tak fikir banyak dah, memang membuang la citanya sampai nurse ketuk-ketuk pintu tandas sebab tidak bagi teran sangat....
Dalam labour room, nurse tanya nak gas tak? Mestilah nak!!!! (sebab kekurangan ilmu jadi memang hisap gas tu sepuas-puasnya untuk tahan sakit, sebenarnya tu salah tau sebab bila hisap gas banyak sangat akan membuat kita khayal dan tak larat untuk push)...
Hubby masuk labour room lepas bukaan 8cm (ini memang syarat ppum, hospital lain tak tahu ye)... Waktu ni doktor tanya nak push tak, tapi sebab tak rasa pape jadi saya gelengkan kepala... Tiba-tiba doktor jerit, kepala dah keluar tu... Oh no!!!
Labour room tu tiba-tiba penuh dengan ramai nurse semua bagi sokongan suruh ingat Allah, baca ayat pape dan terus push... Percubaan demi percubaan akhirnya berjaya tapi kesian baby keluar masuk- keluar masuk (ada kesan sikit dekat kepala baby)...
Alhamdulillah baby keluar dengan selamat, tapi waktu baby nangis macam bunyi lain sikit jadi baby kene bawa check suara dan pendengaran (Alhamdulillah semua ok)...

Baby selamat, saya selamat dan semuanya ok.... Alhamdulillah, pengalaman semua ok je, tak ada yang mengerikan pun, saya tidak ragu-ragu untuk melaluinya sekali lagi....

xoxo
ummi Fattah

hadiah yang dinanti

Assalammualaikum
Makin berhabuk blog ni, kekangan masa yang membuatkan saya hampir lupa dengan blog ini...
Alhamdulillah, saya selamat melahirkan seorang putera pada 11 Ogos 2016... Kelahiran yang cukup dinanti dan hadiah paling istimewa buat kami berdua...
Putera kami diberi nama Fattah Muslim yang bermaksud penakluk yang menyerah diri kepada Allah....
Alhamdulillah, proses kelahiran Fattah tidak sesukar yang disangka...
Fattah dah overdue sebenarnya, petang tu doktor cakap jika Fattah tak keluar esok pagi, Fattah akan di induce...
Maybe Fattah dengar kut, awal-awal pagi dalam pukul 3 pagi, saya dah rasa contraction makin kerap, saya panggil nurse, nurse pun panggil doktor untuk check bukaan, conform 4cm baru boleh tolak ke labor room... Sementara tunggu doktor tu, sempat la terduduk depan tandas sebab rasa tidak larat nak jalan....
Call hubby minta datang hospital, hubby boleh masuk dalam labour room lepas bukaan 8cm... Nasib baik Fattah tak kene vacuum sebab saya tidak reti push, Fattah keluar masuk banyak kali.. At last, berjaya juga.. Sorry la Fattah, kesan lekuk di kepala Fattah masih jelas kelihatan, itulah kenangan kita berdua...
InsyAllah akan sambung lagi...
Jangan ketinggalan post seterusnya (perasan macam famous sangat)

xoxo,
ummi Fattah