Tuesday, 3 February 2015

tunggu masa je

Assalammualaikum....
Buat masa sekarang ni, rasa nak tengok facebook pun dah tak mahu sebab ramai kawan-kawan yang masing-masing tengah tunggu hari je untuk melahirkan anak... Kalau aku suakan perasaan aku pada hubby mesti dia malas layan dan hanya akan menyatakan rezeki di tangan Allah... Ye, sememangnya rezeki di tangan Allah... Aku sentiasa belajar untuk redha tapi keinginan tu tetap ada... Aku cuba juga menyibukkan diri dengan menonton movie, baca buku tapi kadang-kadang aku masih tak mampu..
Sejak mengamalkan jamu zuriat ni, tahap harapan aku semakin tinggi... Sepatutnya aku tak perlu bergitu sebab takut nanti andai tak jadi, aku yang merana... Andai berhasil, seribu kesyukuran pada yang esa dan berharap agar segalanya baik-baik sahaja..
Bukan mudah untuk orang macam aku menelan pil setiap hari kerana aku sememangnya tidak reti... Berusaha sehabis daya sehingga menitiskan air mata semuanya kerana ingin melihat insan tercinta dan yang lain bahagia...
Cemburu semeatinya cemburu namun aku tahu, Allah sedang merancanakan yang terbaik buat diriku... Terima kasih atas segalanya...
xoxo,
lailanajwa

Wednesday, 28 January 2015

melihat yang lain

Assalammualaikum...
Rezeki masih lagi belum mengunjung tiba namun hati masih mencuba untuk redha... Tapi hati mana yang tak sedih bila melihat yang lain usia kandungan 5 bulan, 8 bulan mahupun yang hampir nak bersalin... Sedih juga bila melihat ibu-ibu mengandung membawa perut yang besar kesana dan kesini... Nampak comel je...
Bila ibu-ibu mengandung berkumpul cerita itu dan ini, rasa diri ni keldil sangat-sangat sebab masih tidak dikurniakan anak. Memang la apa yang mereka bualkan tiada kaitan dengan aku tapi bila terdengar sipi-sipi aku jadi tertanya-tanya kenapa aku tidak melalui apa yang mereka lalui seperti pembesaran bayi, berat badan, makanan terbaik dan lain-lain lagi... Kalau pasal berat badan, dorang naik berat badan sebab ada baby, aku pula naik berat badan sebab makan banyak... Hahahhaha...
Ketawa, ketawa dan ketawa, tu je yang mampu merawat luka aku tapi tak ada la merawat sangat pun...
Baru-baru ni aku tengok scan baby yang dah 8 bulan, baby boy pula tu... Waktu aku tengok tu rasa nak nangis pun ada, always teringat kat baby f... Baby tu gerak-gerak, comel je... Hati aku, fikiran aku terombang-ambing, sedih+suka+teringin nak juga semua jadi satu....
Sedih, sedih dan sedih... Lagi-lagi bila ada mulut-mulut, tak tau la mereka prihatin mahupun saja nak perli... Tunjuk gambar baby kat aku lepas tu tanya, tak teringin ke? Yang lain pula tanya, dah tengok scan tadi kan, pe perasaan?
Ya Allah, andai mereka semua tahu bertapa sedihnya aku, bertapa aku menginginkan anak dan bertapa aku mengharap, adakah mereka akan bertanya soalan yang sama?
Tak pernah terlintas kat fikiran aku untuk tidak mempunyai anak... Aku sentiasa berusaha untuk redha tapi mengapakah sekelip mata mereka semua menghancurkan keredhaan aku? Aku belajar untuk kuat, untuk pura-pura kuat, jangan bagi aku lemah lagi...
xoxo,
lailanajwa

Monday, 26 January 2015

jamu zuriat



Assalammualaikum....
Lapan bulan dah usia perkahwinan kami... Alhamdulillah kami hidup dalam keadaan gembira walaupun tidak dikurniakan cahaya mata lagi... Sentiasa berfikiran positif kerana tiada rezeki anak, kami dilimpahi rezeki yang lain... Bersyukur mempunyai rumah, saham, kereta dan lain-lain lagi diusia yang muda...
Lapan bulan melayari bahtera diuji dengan keguguran... Siapa yang tak sedih bila keguguran? Namun kami terus berusaha mendapatkan zuriat selama 3 bulan selepas keguguran namun keputusannya tetap mengecewakan...
Minggu lepas terbekenan kat satu produk ni... Nama produknya jamu zuriat zulaikha & yusof... So pe lagi, kami nak cuba la... Sebut pasal jamu, memang tak pernah terfikir pun nak makan jamu... Biasa la, dah terhasut dengan kata-kata orang yang jamu tu pahit, tak sedap tetapi sebenarnya jamu tu sungguh berhasiat... Selepas mencuba, jamu tu dalam 💊 la... Hahhaha...
Hope berjaya... Doakan kami ye...
xoxo,
lailanajwa

Saturday, 17 January 2015

penipuan mengandung

Assalammualaikum....
Cam seram je tajuk kali ni... Sebenarnya tanpa kita sedari, kita sering tertipu dengan tanda-tanda yang kononnya kita mengandung... Terjadinya kes ini sebab tanda-tanda mengandung dengan tanda-tanda nak period adalah lebih kurang sama...
Cam ne aku boleh tau, sebab benda ni la yang jadi kat aku baru-baru ni... Ingat kan pasal period delay seminggu tu, memang dah berangan la kononnya mengandung. Tapi kita lupa, ada banyak sebab yang boleh membuatkan kita lambat period contohnya tekanan, siapa yang tak pernah tertekan kan? Jalan jem pun kita tertekan. Seterusnya sebab keinginan yang tinggi... Yang ni aku tak dapat nafikan sebab aku memang nak sangat baby lagi-lagi bila aku makin bosan dengan pelbagai soalan yang mengganggu akal dan fikiran aku... Dan minda yang tak stabil, sebenarnya kita sendiri yang push diri kita untuk tak period. Kenapa minda? Sebab minda kita diset untuk jangan period kerana kita mengandung lepas tu perasaan melonjak kegembiraan...
Kekerapan ini terjadi? Sebenarnya hampir setiap bulan kita akan rasa badan tak selesa, keputihan yang banyak, badan jadi lemah tapi bila ditambah dengan period yang lambat, tu lagi membuatkan kita keliru...
Kesimpulannya, kita kene buat biasa-biasa je...

xoxo,
lailanajwa

Thursday, 15 January 2015

period time

Assalammualaikum....
Selepas seminggu delay ingatkan dapat la berita yang baik punya rupanya doa kami masih belum dimakbulkan lagi... Redha, redha & redha, tu je yang mampu dilakukan..
Sedih, siapa tak sedih sebab hati yang ceria bertukar lara... Tapi insyallah satu hari nanti segalanya akan termakbul...
Harapan, masih berharap lagi-lagi bila time period ni still rasa cam nak muntah, dalam perut cam ada gerak-gerak & kaki denyut-denyut so cam berharap lagi baby tu ada... Hahahhaa... Cam kelakar pun ada gak...
Next step, kami plan nak beli ubat, kene la iktihar kan? Tengah survey gak mana yang bagus + my big prob is aku ni susah nak telan pil so kene fikir-fikirkan la... Hahhahaha...

xoxo,
lailanajwa

Tuesday, 13 January 2015

spot pink/ coklat

Assalammualaikum..
Beberapa hari ni always cakap pasal kandungan kan? Tup tup hari ni ada spot pink/ coklat plak... Ok, waktu tengok je cam tu conform la down sebab dah berharap ada baby k... Hahhaha... Tapi bila try google nampaknyak cam benda tu biasa pada awal kandungan sebab waktu tu persenyawaan baru berlaku...
Tiba-tiba teringat semalam gatal sangat kat kemaluan tu so aku basuh la kemaluan tu dengan air suam.. Adakah sebab tu? Tapi waktu google tadi maybe sebab ada jangkitan kuman pada kemaluan so cara basuh pakai air suam tu adalah tindakkan yang betul... Alhamdulillah..
Nampaknya cam kene tunggu, if spot ni semakin banyak maknanya tak ada la rezeki but if spot ni semakin sikit or tak ada terus, insyallah baby is here... Insyallah...
Doa, doa & doa, tu je yang mampu buat masa ini...
xoxo,
lailanajwa

Monday, 12 January 2015

detik ini

Assalammualaikum...
Sambungan dari kisah yang lepas, aku still gatal tangan untuk google everything about tanda-tanda kehamilan dan sebagainya... If pape je jadi kat aku pun aku google... Sorry, coretan ni maybe sesuai untuk orang yang dah kahwin je kut... Huhihuhi...

  1. Buang angin atau kentut, ni la yang selalu jadi... Maybe badan aku banyak angin tapi semakin menjadi-jadi sejak aku keguguran yang lepas...
  2. Makan banyak, semestinya la sebab waktu mula-mula kahwin berat aku 60kg tapi sekarang dah 70kg... Hati senang + leh bagi pahala banyak-banyak kat my hubby...
  3. Cepat penat, aku dulu boleh je gi shopping lama-lama tapi sekarang jalan sikit pun aku dah mengah tapi maybe gak sebab kenaikkan berat badan...
  4. Kuat tidur, ni memang my fav tido, tido & tido... Ni maybe jangkit my hubby sebab dia yang ajar tido-tido ni...
  5. Malas, hahhaha... Kemas rumah malas, buat assignment malas, nak gerak malas, semua malas la... Nasib baik dapat hubby yang memahami...
  6. Urat tegang belakang lutut, ni jadi kat aku waktu drive... Memang menahan je la sebab rasa dia cam tarik-tarik...
  7. Kaki denyut-denyut, ni jadi kat aku waktu tidur.. Aku sampai terpaksa alaskan kaki dengan bantal untuk tinggikan kaki aku waktu tidur supaya kurangkan sikit denyut-denyut tu...
  8. Payudara besar, yang ni tak setiap hari aku rasa... Kadang-kadang aku rasa cam payudara aku nak terkeluar dah dari bra tu tapi kadang-kadang tak sedangkan semua saiz bra aku sama...
  9. Tak boleh kene matahari, senang cerita tak boleh tengahari la sebab aku rasa matahari tu atas kepala aku je, rasa cam nak tumbang tapi aku tak tumbang...
  10. Kencing pedih, yang ni tak selalu la, kadang-kadang je..
  11. Keluar keputihan, yang ni berkala kadang-kadang ada dan kadang-kadang tak ada... Tapi bila ada, kuantiti dia cam banyak...
  12. Kemaluan pedih waktu kene sabun... Ni pelik gak sebab aku guna sabun ni dah lama + selama ni ok je cuma sejak-sejak ni pula pedih..
  13. Kemaluan gatal... Ni pun kadang-kadang tapi selalunya gatal bila lepas bilas dengan air lepas sabun... Aku selalu buat tak tau je sebab tak kan nak garu... Huhihuhi...
  14. Alhamdulillah aku tak muntah lagi cuma kadang-kadang aku rasa cam makanan tersekat kat tekak aku or cam manis sangat pun akan tersekat kat tekak contohnya air milo dalam kotak...
  15. Period aku still delay... Hari ni delay hari yang ke 5, doa-doakan ye...
xoxo,
lailanajwa

100 hari



Assalammualaikum...
100 hari dah berlalu... Alhamdulillah makin tenang dah menerima kenyataan walaupun kadang-kadang sedih juga... Sentiasa ingat itu bukan rezeki kami..
Disebalik kedukaan mungkin ada sinar kegembiraan... Ingat tak entri yang lepas pasal kononnya mengandung tu? Hahahha... Kali ni kita meroyan lagi dengan kira tarikh lahir + usia kandungan... Ni semua gara-gara sebab period tak mengunjung tiba lagi...
Nampak tak keterujaan yang terlebih tu? Sebenarnya if my hubby tau conform kene ceramah la sebab teruja sangat + takut impian tidak menjadi nyata... Bak kata my hubby, dia tak nak tengok isteri dia sedih... Kalau isteri dia sedih, dia pun sedih... My hubby so sweet... (kalau ada sesiapa yang nak muntah silakan + biasalah hal rumah tangga ni)..
Insyallah everything will be ok, if conform alhamdulillah, if tak, kene la cuba lagi...

xoxo,
lailanajwa

Sunday, 11 January 2015

mengandung lagi?



Assalammualaikum...
Ok, jangan terpedaya dengan tajuk ye.. Sebenarnya belum conform lagi pun just berangan je sebab period dah lambat 3 hari...
Lepas keguguran bulan 10 hari tu, setiap bulan la berangan untuk mengandung lagi... Tunggu bulan 11, hampa... Tunggu bulan 12, hampa juga.. Bulan 1 ni pula tengah bunga bunga... Hope sangat ni rezeki kami...
Jantina? Tak kisah pun tapi still cam yang lepas la still mengharapkan lelaki... Kenapa perempuan bukan pilihan pertama? Sebab bak kata orang tua tua, jaga lembu sekandang lagi senang dari jaga anak dara seorang.. Huhihuhi...
As usual juga, my hubby always pesan jangan berharap tapi tipu la if tak fikir langsung kan? Mesti akan terfikir punya la.. Lagi lagi bila minggu lepas ada sorang kakak kat office tu tanya dah berapa bulan? Bila aku cakap dah gugur hari tu, dia boleh cakap tu la kene belajar dengan orang senior... Ok, memang betul apa yang diperkatakan tu tapi maybe aku yang susah nak terima kata kata tu + aku rasa semua tu kan rezeki so if belajar banyak mana pun if tu bukan rezeki kita, still akan gugur gak kan? Ops, sorry emosi pula...
Lastly, doakan ye kali ni berjaya... Kalau tak jadi juga, nangis la jawabnya... Huhihuhi..

xoxo,
lailanajwa