Friday, 11 July 2014

ikan bawal masak masam manis

Assalamualaikum...
Percaya tak yang saya sebenarnya baru berjinak-jinak dalam dunia masakkan? Zaman bujang saya hanya disinari dengan makanan segera, roti & segala apa yang senang untuk saya.. Waktu zaman bujang dulu memang tak la nak masak yang leceh- leceh ni... Hanya lepas kahwin baru la rajin nak melangkah ke dapur..

Kali ni saya masak ikan bawal masak masam manis...


Bahan-bahan

  1. Ikan bawal
  2. Kunyit
  3. Garam
  4. Tepung jagung
Cara-caranya

Campur semua bahan & than goreng ikan tersebut sampai garing...

Bahan-bahan

  1. Tomato (dipotong dadu)
  2. Garam
  3. Gula
  4. Lada boh
  5. Sos cili
  6. Sos tomato
  7. Sos tiram
  8. Bawang (dihiris)
  9. Halia (dihiris)
Cara-caranya

Tumis lada boh, bawang & halia yang dihiris... Masukkan sedikit air... Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato & sos cili.... Selepas mendidih masukkan gula & garam... Last, masukkan tomato...

Mandikan kuah ni kat ikan yang dah digoreng tadi... Yummy2x... Alhamdulillah sedap... Tiba-tiba teringat pesan ibu, nak jaga suami kene jaga perutnya dulu... Selamat mencuba kawan- kawan....

xoxo,
lalawawa

No comments:

Post a Comment