Sunday, 13 July 2014

thanks so much

Assalamualaikum...

Dah sebulan lebih kami kahwin, ingatkan dah tak ada la hadiah kahwin, rupa-rupanya masih ada lagi... Alhamdulillah... Thanks kepada yang sudi memberi... Tapi kali ni bagaikan misteri pula... Sebab kami tak tahu siapa yang bagi... Dekat sampul pun just tulis alamat kedai... Pelik kan?

Pape pun, kami suka sangat-sangat.. Saya memang plan nak buat benda ni dulu so pengirim ni macam tau-tau je isi hati aku... Hahahhaa... Thanks again tau... Kalau yang memberi tu membaca nukilan ni, pe kata text saya bagi tau sebab kami memang nak tahu sangat-sangat...

xoxo,
lalawawa

tahniah sayang

Assalamualaikum...

My hubby dapat hadiah sebab performance terbaik last year... Yeah, tahniah sayang... Untung la dapat hadiah every year... Tak pe sayang rezeki awak.. Saya tengok kat slip gaji awak pun ada extra- extra & awak cakap tu rezeki fathul...

Bila dengar nama fathul rasa terkilan sikit tapi okey je... Insyallah sayang, akan ada rezeki kita untuk yang lain-lain juga...

xoxo,
lalawawa

pizza hut

Assalamualaikum...

Yeah, hari ni makan kat luar so automatic saya cuti masak... Kadang-kadang kita perlukan cuti gak, hari-hari kene masak sampai kering dah idea... Hahahhaa... Lagi pun, tiap-tiap minggu my hubby memang bagi reward sebab hari sabtu saya akan basuh baju (by hand sebab tak ada mesin basuh lagi) & kemas rumah... Memang la rumah kami tak besar mana & kami duduk berdua je tapi rambut banyak sangat-sangat...

Untuk keselesaan my hubby, kami keluar gi pizza hut selepas solat maghrib... Kiranya berbuka lambat la, saya tak kisah pun sebab bukannya puasa... Huhihuhi... Lagipun, pizza hut dekat je ni, area rumah juga... As usual, kami pilih set yang untuk dua orang je... Cukup la for kami berdua & rasa kenyang sangat-sangat...

Thanks so much hubby... Next reward, i want sushi... Huhihuhi...

xoxo,
lalawawa

Friday, 11 July 2014

rumah kami

Assalamualaikum...


Alhamdulillah at least kami ada rumah sendiri, tak perlu menyewa, tak perlu memikirkan banyak perkara... 6 bulan sebelum majlis perkahwinan kami, kami buat keputusan untuk beli rumah sendiri... Banyak sebenarnya perkara negatif dari positif yang kami dengar...

Rumah atas dasar loan bersama so ada la yang mempertikaikan & tidak kurang juga yang menakutkan... Betul, 6 bulan adalah satu jangka masa yang lama, mungkin pada waktu tu kami boleh tak jadi kahwin & macam- macam lagi... Kami serahkan segalanya pada takdir & alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar...

Dalam masa 6 bulan itu, kami tak sangka yang rumah makin teruk, tapi nak buat macam mana sebab kami dah beli pun... Kami buat keputusan untuk cat rumah... Pemilihan warna semua by my hubby... Nak cat sendiri? Memang tak la so kami upah orang dengan bayaran sebanyak rm1200... Ok la sebab cat satu rumah kan...

So, itulah hasilnya... Cat tu siap, seminggu sebelum kami kahwin....

xoxo,
lalawawa

rindu

Assalamualaikum...


Sehari bagaikan setahun... Hahahaha... Over kan? Ni semua disebabkan sehari tak jumpa my dear hubby... Nak buat macam mana, kerja berlainan shif... Saya keje office hour ni okey je la tapi dia yang keje ikut shif susah la...

Macam mana boleh tak jumpa ni? Waktu ni, hubby keje shif malam tapi kene buat overtime so pukul 7 dah masuk keje... Saya pula ada jamuan buka puasa kat office so dah clash kat situ... After bincang semua, hubby bagi saya buka puasa kat office so tak jumpa la...

Rindu, siapa kata tak rindu? Tidur malam sorang-sorang so memang rasa tak best langsung... Esoknya bila jumpa memang tak leh nak cakap apa la... Ada orang kata, ala baru-baru sebab tu rindu bagai semua... Insyallah semua ni akan kekal sampai bila-bila, rindu dekat suami adalah pengalaman yang terindah buat diri saya...

xoxo,
lalawawa

ikan bawal masak masam manis

Assalamualaikum...
Percaya tak yang saya sebenarnya baru berjinak-jinak dalam dunia masakkan? Zaman bujang saya hanya disinari dengan makanan segera, roti & segala apa yang senang untuk saya.. Waktu zaman bujang dulu memang tak la nak masak yang leceh- leceh ni... Hanya lepas kahwin baru la rajin nak melangkah ke dapur..

Kali ni saya masak ikan bawal masak masam manis...


Bahan-bahan

  1. Ikan bawal
  2. Kunyit
  3. Garam
  4. Tepung jagung
Cara-caranya

Campur semua bahan & than goreng ikan tersebut sampai garing...

Bahan-bahan

  1. Tomato (dipotong dadu)
  2. Garam
  3. Gula
  4. Lada boh
  5. Sos cili
  6. Sos tomato
  7. Sos tiram
  8. Bawang (dihiris)
  9. Halia (dihiris)
Cara-caranya

Tumis lada boh, bawang & halia yang dihiris... Masukkan sedikit air... Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato & sos cili.... Selepas mendidih masukkan gula & garam... Last, masukkan tomato...

Mandikan kuah ni kat ikan yang dah digoreng tadi... Yummy2x... Alhamdulillah sedap... Tiba-tiba teringat pesan ibu, nak jaga suami kene jaga perutnya dulu... Selamat mencuba kawan- kawan....

xoxo,
lalawawa

Thursday, 10 July 2014

pilih dia

Assalamualaikum....
Kenapa saya pilih dia?


Semua orang tau kan yang kami berkenalan hanya sekadar di dalam wechat... Saya pilih dia sebab dia berbeza dari yang lain... Waktu lookaround, saya akan delete everyday orang-orang yang tak layan saya so bila sehari tak layan terus delete... Bunyi cam kejam kan?

Dia pun bukannya layan sangat tapi tiap-tiap hari at least ada la mesej dari dia... Dia bukan seorang yang romantik pun tapi dalam setiap kata-kata dia bagaikan bertanggung jawab... Dia bukan seorang ustaz tapi dia tau bezakan mana yang baik dan mana yang buruk...

Perbezaan umur kami 7 tahun tidak menjadi halangan pun sebab kematangan seorang lelaki tu lambat... Kadang-kadang saya kelihatan lagi matang dari dia... Kekurangan saya kelebihan dia & kekurangan dia kelebihan saya...

Memang dia tak hensem mana tapi kerana keperibadian dia, kehenseman tu terserlah... Biar tiada sesiapa yang memandang namun dia sentiasa ada dalam hati saya...

xoxo,
lalawawa 

Wednesday, 9 July 2014

belum rezeki

Assalamualaikum....

Baby? Nampaknya belum rezeki lagi... Sedih la sikit, mana tidaknya bila sebulan setengah tak period so bunga- bunga harapan tumbuh la... Lagi- lagi bila gi klinik, nampak line kedua tu kabur- kabur sikit.. Doktor cakap try again esok pagi sebab boleh nampak, lagi- lagi guna blue clear..

Tanpa teragak- agak, try je la, jawapannya menghampakan... Try lagi seminggu kemudian, pun sama... Last- last isnin hari tu period.. So segala persoalan dah terjawab la, belum rezeki kami lagi...

Nangis tak berlagu, tapi kita kene redha dengan semua... Insyallah ada sinar harapan satu hari nanti...

xoxo,
lalawawa

baby

Assalamualaikum....

Kahwin done, honeymoon done, so next of course we want baby...

  1. Muhammad fathul
  2. Muhammad fathah
  3. Nur fathihah
Ni la nama in the list kami... Bak kata my sister in law, semua nak 'f' kan? Hahahahha... Tak pernah kesah pun pasal nama ni, janji nama tu ada makna, everything will be ok...

Beside that, dah decide gak for calling mummy & daddy for the future... Ni semua sebab my hubby sibuk nak jadi daddy cool katanya...

Lambat or cepat, semuanya bergantung pada rezeki... Orang kata kami akan dapat cepat sebab aku suka sangat baby... Hope so...

Tuesday, 8 July 2014

morib, selangor

Assalamualaikum...

As usual la, after kahwin mesti honeymoon... Yang kelakar pasal kami, gi honeymoon bawa 1 big family... Sebenarnya bukan honeymoon sangat pun sebab just 2 days 1 night & than dalam 1 bilik tido ramai-ramai... Pape pun, best sangat dapat spend time dengan my hubby.. Plan for next, nak gi honeymoon berdua maybe at pulau sebab my hubby suka snorkeling tapi how about me? Dah la tak reti berenang, nervous cepat, hope i will okey... Everything for you sayang....
xoxo,
lalawawa

Monday, 7 July 2014

Mrs Faizal

Assalamualaikum....

Siapa yang tak nak kahwin? Hahahaha... Mesti la semua orang nak kahwin kan? Sebenarnya perasaan tak sabar nak kahwin ni sejak zaman sekolah lagi... Tak boleh blar betul.. Up down up down, cinta monyet la, cinta beruk la, semua ada but at last jumpa gak cinta sejati... Alhamdulillah...

Tak perlu nak kenal lama pun... Kenal selama seminggu dah buat keputusan nak kahwin... Bulan kelapan perkenalan kami bertunang & bulan kesebelas perkenalan kami berkahwin.... Alhamdulillah...

Yeah, saya dah kahwin... 25.05.2014 is our date...
xoxo,
lalawawa

starting blog

Assalamualaikum.....
Before this saya dah ada a lot of blog & then just delete sebab dah tak diperlukan so saya hope this is my last blog & akan simpan semua pengalaman saya, kisah hidup saya, jatuh bangun saya sebagai seorang isteri, anak, pekerja, pelajar & mother will be..... Insyallah...
xoxo,
lalawawa