Buat masa sekarang ni, rasa nak tengok facebook pun dah tak mahu sebab ramai kawan-kawan yang masing-masing tengah tunggu hari je untuk melahirkan anak... Kalau aku suakan perasaan aku pada hubby mesti dia malas layan dan hanya akan menyatakan rezeki di tangan Allah... Ye, sememangnya rezeki di tangan Allah... Aku sentiasa belajar untuk redha tapi keinginan tu tetap ada... Aku cuba juga menyibukkan diri dengan menonton movie, baca buku tapi kadang-kadang aku masih tak mampu..
Sejak mengamalkan jamu zuriat ni, tahap harapan aku semakin tinggi... Sepatutnya aku tak perlu bergitu sebab takut nanti andai tak jadi, aku yang merana... Andai berhasil, seribu kesyukuran pada yang esa dan berharap agar segalanya baik-baik sahaja..
Bukan mudah untuk orang macam aku menelan pil setiap hari kerana aku sememangnya tidak reti... Berusaha sehabis daya sehingga menitiskan air mata semuanya kerana ingin melihat insan tercinta dan yang lain bahagia...
Cemburu semeatinya cemburu namun aku tahu, Allah sedang merancanakan yang terbaik buat diriku... Terima kasih atas segalanya...
xoxo,
lailanajwa