Sunday, 19 June 2016

Persediaan barang baby

Assalammualaikum semua..
Alhamdulillah minggu ni dah 33 minggu, tak lama je lagi untuk menghitung hari. Alhamdulillah juga semua persiapan dah hampir siap. Insyallah kalau tak ada masalah, minggu ni dah boleh dapat tilam kekabu yang dah pre order sebulan lebih tu.

Sejak scan tahu jantina adalah lelaki memang semua barang beli warna biru. My hubby pun excited dengan superman semua, nampaknya bertambahlah koleksi superman kat rumah nanti. Ada la geng my hubby untuk masuk butik superman tu (redha je la high demand)...

Yang penting barang-barang ni semua beli online (nampak tak pemalasnya)... Biasalah no time untuk keluar plus my hubby bukan jenis orang yang jalan-jalan jadi semuanya pun online je kat https://www.11street.my/, ada juga yang beli kat instagram. Jangan terkejut ye, sebab pampers dan sabun pun beli online juga.. Hahahaha..

Kadang-kadang rasa segan nak cerita kat orang tapi sebab memang tak ada masa so redha je la. Base on budget, tak tahu la kami punya budget okay ke tak sebab anak pertama kan dan tak ada sebarang pengalaman, kami telah habis RM1864.05 untuk baju baby, barut baby, bedung baby, pampers, tuala, tikar getah, beg baby, kotak pakaian, sabun baby, minyak baby, set tilam kekabu baby, bantal nursing, wet tissue, botol susu, krim baby, berus botol baby, topi baby, pencuci botol baby, sabun basuh baju, waterproof cover, maternity pad, stokin pantang, set bersalin, nursing cover, selipar rumah, bra & spender mom.(Details nanti kita cerita later ye)...

So yang pending sekarang ni belum beli set pengurusan uri (plan dalam minggu ni beli), car seat (plan waktu lepas pantang nanti) dan pam susu (plan beli 1 month before nak masuk kerja)... Ada orang cakap sebab ni anak pertama jadi semuanya kene beli tapi Insyallah jika anak kedua dan seterusnya pembelanjaan ni akan berkurang, yang penting kene jaga or simpan semua barang dengan elok-elok...

Hope semua pun dah buat persiapan, jangan last minit ye sebab takut tak larat nanti...

xoxo,
lailanajwa

Wednesday, 15 June 2016

Salam Ramadhan


Assalammualaikum semua...
Tidak lambat lagi kan untuk mengucapkan selamat berpuasa semua. Hari ini dah masuk 11 Ramadhan 1437, Alhamdulillah dapat puasa penuh lagi setakat ni, macam mana dengan ibu-ibu mengandung yang lain?

Dari pengalaman saya setakat ni, baby sentiasa bergerak, menyiku, melutut, mengeras dan macam-macam lagilah istilah yang digunakan. Selagi ada pergerakkan makna baby okay. Itu dari pembacaan saya dibeberapa blog. Alhamdulillah gi checkup waktu puasa pun baby memberi tindak balas yang cukup baik. Jadi saya tidak bergitu risau sangat.

Waktu sahur saya amalkan minum 1 cawan susu, 1 biji kurma dan nasi beserta lauk, saya memang wajibkan diri saya untuk makan nasi waktu sahur sebab bimbang baby tak cukup makanan (ni perasaan saya je) sedangkan baby akan makan apa sahaja yang kita makan secara beransur-ansur. Waktu berbuka pula, saya amalkan makan 1 biji kurma dan nasi beserta lauk (kalau tak ada nasi, makan makanan lain pun boleh janji dalam sehari makan sekali nasi). Alhamdulillah dengan fomula ini bertahan.

Ada yang mengesyorkan supaya makan kurma dalam kuantiti yang banyak sebab kurma memberikan tenaga. Betul kurma memberikan tenaga tetapi buat saya yang tidak mengemari kurma sangat, makan 1 biji pun yang kira okay tetapi bagi ibu-ibu yang boleh makan kurma lebih, silakan ye.

Selain itu, lately ni jumpa macam-macam article mengenai doktor melarang ibu mengandung berpuasa. Kalau dah nasihat dari doktor macam tu, ikut je la ye ibu-ibu semua sebab ketahanan badan orang lain-lain.. Ada yang mampu berpuasa penuh tetapi ada juga yang kurang mampu.

Jangan paksa diri ye, tak dapat puasa boleh ganti dan bayar fidyah.

xoxo,
lailanajwa

Saiz kaki berubah


Assalammualaikum semua...
Ibu-ibu mengandung ada alami kaki membengkak ke? Sapu minyak ye, urut-urut sikit, kaki tu menampung tambahan berat dari ibu-ibu semua. Alhamdulillah saya tidak mengalami situasi kaki bengkak tersebut, hanya mengalami perubahan saiz kasut sahaja dari saiz 6 dan sekarang ke saiz 8.

Mulai perasan bila dah tak muat kasut yang saya selalu pakai. Saya ni jenis pakai kasut sampai rosak baru beli yang baru jadi sungguh pelik bila kasut yang sentiasa pakai dah tak muat dan dijadikan cerita sebab tak ada kasut lain, saya still pakai kasut tu untuk ketempat kerja, untuk membuktikan yang kasut tu memang tak boleh nak tampung pembesaran kaki saya lagi, tali kasut tersebut putus semasa saya menuruni jejantas. Hahahaha... Tak tahu lah waktu tu perasaan malu atau kelakar yang paling tinggi.

Proses pencarian kasut baru pula dengan yakin gi kedai kasut minta saiz 6, try-try tapi tak muat. Masih sedapkan hati minta saiz 7, try-try tapi ngam-ngam je, tak ada ruang langsung untuk kaki bernafas. Last-last minta saiz 8, muat dan selesa... Alhamdulillah..

Pemilihan kasut dan saiz yang betul penting bagi ibu-ibu mengandung supaya posisi badan tu sesuai dan mampu menampung baby dalam kandungan. Ini supaya ibu mengandung tidak menjadi bongkok dan kaki tidak sakit sewaktu berjalan. It's okay kalau take time yang lama waktu pilih kasut, ini untuk kesenangan kita juga...

xoxo,
lailanajwa

Perut kecil semasa hamil


Assalammualaikum semua...
Alhamdulillah berjumpa kita lagi... Rasanya makin berhabuk dah blog ni sebab tak ada sebarang berita. Alhamdulillah sepanjang kehilangan ni saya sihat belaka, bagaimana dengan anda semua? Diharapkan semuanya sihat juga hendaknya...

Kali ni, saya nak share mengenai bentuk perut yang kecil semasa mengandung, cerita berdasarkan pengalaman sendiri jika ada yang berbeza dengan anda semua, jangan risau sebab kita mempunyai pengalaman yang berbeza.

Di pejabat saya ni, ada ramai orang yang mengandung, Alhamdulillah bak kata-kata gatal musim mengawan kut tetapi yang paling hampir dengan saya ialah kakak yang duduk depan saya ni, beza usia kandungan kami hanya seminggu sahaja. Macam sekarang ni, kakak tu mengandung 33 minggu dan saya mengandung 32 minggu. Dari awal usia kehamilan kami 3 bulan lagi dah ada mulut-mulut yang membandingkan sebab perut kakak tu besar tetapi perut saya kecik, sampai sekarang pun saya masih lagi boleh pakai dress yang saya sentiasa pakai sebelum mengandung lagi.

Perasaan bila dibandingkan? Tentulah amat sedih, sebab waktu tu tiada sebarang ilmu dan hanya tertanya-tanya sendiri kenapa perut kecik, adakah baby tidak sihat? adakah keguguran akan berulang lagi? dan macam-macam lagi perkara negatif. Alhamdulillah mempunyai kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan dan sentiasa disogok dengan kata semangat yang perut akan lebih membesar waktu kandungan 7 bulan ke atas sebab waktu tu baby akan membesar dengan jayanya.

Setiap kali checkup dari bulan ke bulan, Alhamdulillah baby membesar mengikut minggu tersebut, tiada yang dirisaukan sebab segala nampak okay sahaja. Alhamdulillah. Kali terakhir scan last week (11 June 2016) pun Alhamdulillah ukuran baby semua okay. Kaki baby nampak panjang dan badan dia nampak kurus, ni ikut baka ayah dia la ni...

Doktor ada terangkan serba sedikit mengenai perut kecik ni akan nampak baby lebih padat dan membuatkan kita makan secara terhad. Kita akan cepat rasa kenyang sebab ruang untuk makanan semakin kecil tetapi jangan risau, makan lah secara kerap dalam kuantiti yang sedikit, baby akan dapat khasiat dari semua makanan yang kita makan.

Kesimpulannya, tak kiralah perut besar atau kecil, itu bukan penentu kesihatan bayi. Selagi waktu pemeriksaan, doktor cakap baby okay so tak perlu kita nak risau terlebih-lebih. Sentiasa berfikiran positif dan Insyallah segalanya akan dipermudahkan..

xoxo,
lailanajwa