Friday 24 March 2017

teknik pam susu badan


Assalammualaikum
Sebebarnya ada banyak teknik mengepam tapi amalkan satu-satu ye sebab nak tengok berkesan mahupun tidak.
Mula-mula dulu tanpa ilmu, ikut rasa hati sendiri je nak pam tapi bila mula membaca dan terus menbaca rupanya ada banyak teknik dan semua teknik ini akan menambahkan susu secara tidak langsung..

1.Selang setiap belah 10 minit sekali
Maksudnya tukar-tukar la 10 minit kanan, 10 minit kiri sampai cukup 1 jam

2. 30 minit urutan dan pam
Maksudnya setiap belah pam selamat 30 minit tapi dekat pam tu kan ada level urutan dan pengeluaran susu jadi waktu mula-mula start urut dulu kemudian guna level keluarkan susu bila susu dah tidak keluar ulang balik sampai cukup 30 minit.

Tu untuk yang single pump tapi kalau double pump still boleh guna skill yang no 2 tu tapi untuk skilll no 1 perlu pam 10 minit, rehat 10 minit, pam balik 10 minit sampai cukup 1 jam.

Yang penting sekali cukupkan 1 jam ye, patutlah selama ini tengok orang lain pam lama sangat rupanya setiap sesi 1 jam. Untuk teruskan penyusuan kene ada ilmu, gali lagi ilmu nanti kita boleh kongsikan sama-sama ye..

xoxo,
ummi Fattah

ibu menyusu (persediaan mental)


Assalammualaikum
Untuk yang pertama kali bergelar ibu, menyusukan anak bukan perkara yang mudah ye.. Ramai yang beranggapan sumbat je nenen dekat mulut baby selesai masalah. Salah tu, menyusukan baby ada teknik yang betul, cara pemakanan yang betul, cara mengakalkan atau memperbanyakkan susu ibu dan macam-macam lagi.

1. Orang akan cop kita pemalas
Kita sebangai ibu menyusu sangat penat sebab waktu kita bagi susu tu seperti tengah berlari (sebab tu kalau perasan ibu menyusu ini akan tidur je, anak tidur, dia pun tidur) Nampak macam pemalas tapi sebenarnya itulah hakikatnya sebab jika kurang rehat pun akan jadi punca pengurangan susu ibu.

2. Ramai akan menjatuhkan semangat kita
Baby biasalah akan nangis dan orang akan cakap baby nak susu ni, tak cukup susu ke? Sebenarnya tu salah ye sebab baby yang berusia bawah 3 bulan bukan perlukan susu yang banyak pun sebab usus mereka kecik lagi waktu tu. Baby cuma mahukan perhatian sebab mereka baru masuk dunia baru jadi tiada istilah tidak cukup susu.

3. Pertua hilangkan jaundice
Kita selalu dengar yang susu ibu terbaik jadi bila baby jaundice, ibu  perlu memberikan susu dengan kerap. Tapi pernah dengar tak yang ada pertua cakap nak hilangkan jaundice baby kene stop pemberian susu ibu dan berikan susu formula (katanya sebab baby tak sesuai dengan susu ibu) Yang ni saya hadapi, mental memang kene kuat sangat-sangat sebab jika kita beri susu formula kepada baby akan membuatkan permintaan terhadap susu badan kurang (susu formula ada banyak gula jadi bila baby dah biasa dengan yang manis, tak akan nak minum yang kurang manis)

4. Baby tidak mahu menyusu
Bila time susu je baby mengamuk. Haa ni pun boleh jadi sebab, nanti adalah yang kata baby tak suka susu awak la kene bagi botol. Ini bukan baby tak nak ye tapi teknik penyusuan tu salah, cuba kaji dan betulkan nanti pasti baby mahu kecuali kalau dah kenalkan susu formula kepada baby.

5. Jangan standby susu formula
Yang ni amaran keras, tak la simpan packet kecik pun tak payah sebab bila ada susu formula kita akan jadi malas dan lagilah orang lain akan cucuk-cucuk kita tentang penggunaan susu formula.

Anak kita, cara kita... Orang luar hanya mampu cakap-cakap tapi keputusan di tangan kita. Tidak salah berbeza pendapat (saya dan hubby pun berbeza pendapat dalam hal ini).. Kita ibu baby, kita nak yang terbaik buat baby dan semestinya susu ibu adalah yang paling baik.

Fattah, ummi akan kuat.. Buat masa ini, ummi dah berjaya susukan Fattah sampai usia 7 bulan walaupun banyak halangan. Ummi akan teruskan lagi sampai usia Fattah 2 tahun (InsyAllah)

xoxo,
ummi Fattah

permulaan pam susu badan


Assalammualaikum
Selama ni baca-baca article, ada yang kata jangan pam waktu pantang sebab tu masa dengan baby tapi sebenarnya nasihat tu salah sebab untuk ibu-ibu yang berkejaya kita memerlukan stock susu yang banyak untuk bekalan anak kita di taska mahupun rumah pengasuh nanti.
Saya pun menyesal sebab mula menyimpan susu waktu Fattah dah sebulan lebih (kalau simpan lagi awal mesti stock susu lebih banyak sebab waktu awal-awal kelahiran, susu keluar non stop, macam air pancut pun ada)
Tapi Alhamdulillah rezeki Fattah banyak, tak kiralah sekali pam dapat 1oz ke, 2oz ke kene simpan juga (ni selalu jadi salah faham dengan hubby sebab dia akan selalu cakap sikitnya susu awak)
Hahaha... Mental kene kuat, sebab bila kita menyusukan anak ni ada banyak perkara yang akan menjatuhkan kita (ni saya akan ceritakan nanti)...
Mahal ke murah ke, double pump ke, single pump ke, manual pump ke semua tak kisah janji ada penyipanan susu (ni untuk hal-hal kecemasan juga)..

xoxo,
ummi Fattah

Thursday 23 March 2017

kos bersalin dan jaundice di PPUM


Assalammualaikum
Kali ini nak cerita mengenai kos pula, sebab ramai bila tanya-tanya nak bersalin dekat mana, ramai yang pilih HKL sebab nak murah (katanya tak sampai RM100 tapi tak tahulah kesahihannya)..
Saya memang pilih PPUM sebab dekat dengan rumah mahupun office, waktu tu memang dah fikir bila pape jadi nanti senang lagipun dulu waktu gugur pun pergi PPUM juga, bagi saya service dia tip top.
Berbalik kepada kos tadi, untuk bersalin saya kene RM900++. Mahal? Salah tu sebab kalau folllow dari post pengalaman bersalin saya, saya duduk dalam hospital 5 hari, saya ulangi 5 hari... So kos tu bagi saya ok sebab selama 5 hari tu dapat makan 4 kali sehari, nurse check ctg lebih dari 3 kali sehari, nurse check suhu & tekanan darah lebih dari 3 kali sehari, kan macam rasa berbaloi sangat.
Tapi sebab yang utamanya ialah, PPUM tak ada class-class macam hospital kerajaan, semua bilik dekat PPUM hanya 4 katil dan mempunyai 2 bilik air.. Selesa sangat, tak payah rebut bilik  air, tak perlu jalan jauh-jauh, suasana tidak bising, semuanya rasa tenang je.
Waktu Fattah Jaundice pun bilik macam tu juga, jadi tidak adalah baby diganggu dengan tangisan baby lain hanya 4 baby je dalam tu. Kos Fattah jaundice pun waktu tu RM100++, ok lah tu sebab makanan untuk ibu still 4 kali sehari, Fattah siap berlampu lagi (lampu tu bukan murah ye kawan-kawan), check darah Fattah lagi, check Fattah ada masalah hati atau tidak, check air kencing Fattah dan banyak lagi...
Pilihan dekat tangan masing-masing, kalau lebih mampu boleh pilih swasta, kalau kurang mampu boleh pilih hospital lain tapi bagi saya PPUM the best (kekalkan prestasi macam ni, conform ramai yang suka)...

xoxo,
ummi Fattah

jaundice/ kuning baby


Assalammualaikum
Biasalah baby baru lahir ada kemungkinan untuk terkena jaundice atau untuk orang-orang kita ni cakap kuning je dah faham dah... Hahahaha...
Lagi-lagi dengan permakanan kita sekarang yang lebih kepada fast food, makanan banyak garam, makan sejuk beku semua tu tidak bagus sama sekali, lain lah kalau yang rajin makan makanan sunah tu insyAllah tidak termasuk dalam golongan ini.
Lagi satu sebab yang utama ialah darah ibu O positif. Mana-mana pun doktor akan tanya darah ibu dulu, kalau O positif tu tidak pellik sangat la bila anak kene kuning ni.
Nama pun pengalaman pertama, jadi memang ringankan mulut tanya makcik urut, tanya ibu tapi semua kata sikit je.. Jadi sebab percaya yang kuning Fattah sikit je, kami cubalah bagi Fattah air anggur hitam, mandikan Fattah dengan daun dokong anak, mandikan Fattah dengan air rebusan herba cina, bagi Fattah air rebusan kundur dan yang terakhir tukarkan mentol baru kat rumah (bukan buat sekaligus, try satu persatu)...
Fattah nampaknya tidak terkesan pun dengan pertua-pertua ni. Hahaha. Persoalannya, kenapa tak bawa Fattah gi klinik? Haa... Ni la masalahnya sebab suka sangat dengar cakap orang (bapak-bapak orang) yang kalau bawa Fattah gi klinik nanti kesian kene cucuk-cucuk (sekarang dah pandai sikit, meh sini nak nasihat.. Memang la nanti baby kene cukup tapi at least kita tahu apa yang jadi dengan baby kita sebab kene kuning ni boleh sehingga bawa maut. tahu tak?)
Sebab saya nak tahu kenapa Fattah kuning tak hilang-hilang dan atas desakkan kawan-kawan saya (mak-mak orang) sebab risau nanti pape jadi, saya pun ajak hubby bawa Fattah gi KK. Beberapa hari juga ulang alik ke KK (kiranya hari-hari darah Fattah kene ambik) sampailah satu hari bacaan tinggi (saya dah lupa berapa tapi nanti saya tengok kat buku Fattah).. Doktor suruh terus pergi Hospital..
Dekat hospital, Fattah kene check semua dan memang tinggi jadi kene warded sebab Fattah kene duduk bawah lampu. Menangis saya tengok Fattah sebab nampak kesian sangat + waktu tu Fattah tidak mahu duduk dekat tilam baby tu (maybe sebab waktu tu usia Fattah dah besar, tidak silap waktu tu nak dekat 1 bulan)  jadi Fattah terpaksa baring sebelah saya (tak pasal-pasal saya kene tempias lampu tu juga)...
Tidak pasti sama ada kelakar atau tidak tapi setiap kali tukar pampers kene catit berapa berat sisa buangan dan tiap kali Fattah menyusu, kene catit waktunya... Fattah memang tak boleh berenggang langsung jadi saya kene berlari kalau nak gi timbang mahupun nak gi tandas...
Alhamdulillah tidak lama, esoknya doktor check kuning Fattah dah turun dan tidak bahaya tetapi masih perlu follow up di PPUM sampai betul-betul ok. Fattah ikut semua follow up di PPUM dan lepas kaji semua keputusannya adalah darah saya dan Fattah tak sama,  sebab Fattah hisap susu badan jadi Fattah susah terima sikit atas faktor darah... Penyusuan masih perlu diteruskan dan kuning ini akan turun sendiri tetapi dalam jangka masa yang lama, paling max 3 bulan. Memang lama pun, kuning Fattah betul-betul ok dalam usia Fattah nak dekat 2 bulan tetapi sebab dah tahu tidak bahaya jadi kami dah tidak risau.

Pengajaran: Pape jadi kat baby, gi je klinik mahupun hospital sebab budak kecik ni risiko tinggi bila pape jadi.. Bila dah tahu sebab, hati kita pun akan senang... Huhihuhi...

xoxo,
ummi Fattah

sarung tangan dan kaki baby


Assalammualaikum
Nak cerita mengenai sarung kaki dan tangan pula lah. Huhihuhi. Fattah pakai kedua-duanya (walaupun ada article yang mengatakan tidak elok untuk perkembangan kanak-kanak)..
Untuk sarung tangan, Fattah pakai sampai usia 2 bulan tidak silap (maklumlah baru sekarang nak cerita jadi dah ingat-ingat lupa... huhihuhi).
Untuk sarung kaki pula Fattah pakai sampai 5 bulan (tapi sekarang pun still pakai bila keluar rumah).. Stop pakai sarung tangan tu adalah sebenarnya untuk bagi Fattah rasa atau mengenali anggota badan dia mahupun permukaan disekelilingnya, bergitu juga dengan sarung kaki. Cuma pengenalan kepada kaki lambat sebab waktu usia Fattah tu, dia belum lagi nak mengesot mahupun berdiri.
Ini cara saya, maybe cara ibu-ibu lain lebih bagus dari cara saya.

xoxo,
ummi Fattah

bedung dan barut baby


Assalammualaikum
Ada orang kata kuno, ada orang cakap tak perlu pun tak pe. Tapi pernah tak dengar orang cakap kalau tak reti lukis mesti tangan tak bedung? Hahaha.
Fattah pakai dua-dua sama ada bedung mahupun barut. Bedung kami pilih bedung model yang tampal-tampal je (kononnya nak cepat sebab tak reti ikat sebenarnya). Barut pula kami pilih yang barut tali (tidak pasti sama ada terdapat jenis yang lain mahupun tidak).
Bedung, Fattah pakai sekejap je sebab Fattah nampak macam tidak selesa bila pakai. Waktu dibedung, Fattah sering keluarkan tangan dari bedungan tersebut (tidak pasti sama ada kami tidak tampal dengan betul atau Fattah terlalu kuat sampai mampu nak keluarkan tangan).
Barut pula, Fattah pakai sehingga dua bulan lebih (stop sebab Fattah dah tidak muat barut tersebut) Hahahha...
Pape pun, kedua-duanya berguna bagi Fattah cuma jika ada rezeki anak seterusnya maybe nak cuba bedung yang zip pula... Huhihuhi...

xoxo,
ummi Fattah